Popular Today

Sabtu, Mac 21, 2009

Setelah dipaksa oleh Anwar

Ekoran laporan penyalahgunaan kuasa dan rasuah daripada pelbagai blog dan internet oleh Mohamad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, maka beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Namun sebagaimana yang diketahui inilah antara bukti PKR hanya berdiam diri jika pemimpin mereka terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jika benar beliau terlibat dengan rasuha PKR patut mendedahkanya dan memberikan kepada SPRM untuk membuat siasatan lanjut dan bukannya berdiam diri.

Adakah kemungkinan perletakan jawatan ini sebagai ganti supaya tindakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak dilaporkan kepada SPRM oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan PKR? Sebab sesuatu mungkin telah berlaku ekoran penafian yag berterusan oleh PKR dan Lim Guan Eng?

Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri.

Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Mohamad Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Mohamad Fairus meletak jawatan tersebut.

Fairus bagaimanapun akan kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.

Semalam, Lim dilaporkan berkata, beliau meluluskan permohonan cuti Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lemensMana ada rasuah. PKR parti bersih, suci. Yang rasuah hanya BN. yang buruk hanya BN. PKR semua bagus.

ALLAH telah memberi petunjuk kepada kita semua. Lepas satu-satu masalah ditimbulkan oleh PKR parti yang bersih dan suci ini.Selepas ini giliran bro nuar.

gotahlantun berkata...

SEMUANYA ALLAH AKAN BAYAR TUNAI..

INSYAALLAH..

Tai berkata...

Ha, siapa kata PKR rasuah? PKR tu, suci dan maksum hangpa taukah? Takdak dosa, takdak rasuah punya. Suap saja ada. Main saja ada.

Kongsi Link Anda