Ahad, April 05, 2009

Calon Pas bukan pilihan pengundi Melayu

Melalui pemerhatian yang dibuat di blog-blog pembangkang, semuanya mengakui melalui survey risikan yang mereka buat, menunjukkan 60 % pengundi Melayu masih cenderung kepada BN/ UMNO berbanding bakinya antara 40-45% memberi sokongan kepada PAS.

Namun mereka masih rasa berbangga kerana mengharapkan sokongan kaum Cina dan India sebanyak 70 % kepada mereka. Namun mengikut maklumat terkini terdapat sedikit angin perubahan sokongan terhadap BN berlaku kepada kaum Cina iaitu meningkat kepada lebih 40%. Manakala bagi kaum India juga terdapat perubahan ketara kepada lebih 40%. Khasnya Apabila DS Najib membabaskan 13 tahanan ISA.

PAS sekarang masih berharap kepada undi kaum Cina dan India dan mengharapkan janji mereka mereka untuk mengundi PAS, apatah lagi terdapat berita yang mengatakan PAS sudah membayar sebanyak RM 100 hingga RM 500 bagi memastikan kaum Cina dan India mengundi mereka.

Namun apa maknanya bagi PAS sebagai parti yang berteraskan orang Melayu tetapi tidak mendapat undi majoriti orang Melayu. Adakah PAS relevan kepada orang Melayu atau tidak... Namun sebagaimana diketahui sokongan kaum Cina dan India ada kaitan dengan sokongan DAP. Jika tiada sokongan DAP maka kesimpulannya PAS akan kalah. Sekarang kita mengetahui dengan jelas kenapa PAS sanggup menjadi pencacai DAP demi untuk mendapatkan undi bukan Melayu semata-mata.

PAS kini membangun bersama DAP dan bukan lagi membangun bersama Islam!

1 ulasan:

rahman,ahchong,muniandy berkata...

Di Bukit Gantang pun perkara yang sama. Adakah anda mahukan seorang pemimpin yang derhaka terhadap Sultan nya menjadi wakil anda? Jika kepada Sultan, NIZAR boleh ber KURANG AJAR demi kuasa dunia nya, bayangkanlah apa yang dia boleh buat kepada anda semua. Ini ialah seorang manusia yang amat keji! Nizar telah menjadi seperti ANWAR IBRAHIM. Nizar sekarang sudah pandai menderhaka, menipu dan lebih dahsyat Nizar telah mengkhianati umat MELAYU di Negeri Perak dengan membiarkan dirinya DI TUNGGANG oleh Ngeh atau DAP! Adakah anda mahu terus memberi sokongan kepada manusia MUNAFIK dan PENDERHAKA ini!?!?!? Nizar yang mewakili PAS, sebuah parti yang dahulunya begitu lantang bila berkempen mahu menubuhkan sebuah negara ISLAM sebagai perjuangan nya, kini telah melencong perjuangan nya. Dulu PAS meMURTADkan Ahli UMNO kerana bersekutu dengan MIC dan MCA, sekarang PAS mengHALALkan perbuatan mereka bersekutu dengan PKR dan DAP! Kenapa agaknya? Untuk manusia yang berakal, jawabnya mudah, pemimpin mereka juga MUNAFIK! Jelas dahulu mereka berbohong kepada rakyat, sekarang bila mereka di hidangkan dengan kuasa dunia, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk MENJILAT ludah mereka sendiri! Adakah ini sebuah parti ISLAM? PAS juga amat suka memaki hamun, mengaibkan orang lain, menghina para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka dan sanggup MENDERHAKA kepada Sultan demi kuasa dunia! Adakah ini sebuah parti ISLAM? PAS sekarang tidak lagi seperti dulu, pemimpin mereka juga tidak mencerminkan sikap2 seorang ISLAM yang sejati. Tetapi malang sungguh, masih ada orang tertawan dengan PAS yang berselindung di sebalik SERBAN mereka, walaupun serban yang mereka pakai itu amat kotor dan busuk! Adakah anda (Penyokong PAS) fikir anda lebih ISLAM dari kami (Orang Islam Barisan Nasional) hanya kerana anda menyokong sebuah parti yang terdapat perkataan ISLAM di dalam namanya? Fikirkan lah.

Kongsi Link Anda