Ada pihak yang mengeluarkan reaksi yang positif dan ada juga pihak yang sebaliknya. Apa yang Najib hendak sampaikan ialah harapan, rintihan, padangan dan kepentigan rakyat Malaysia boleh disandarkan kepada kerajaan yang sedia ada, iaitu kerajaan BN yang ditonjangi oleh UMNO.

Mesej kepada pemimpin BN pula ialah, mereka perlu 'perform' untuk melaksanakan perubahan dan menjadi penggerak kepada tranformasi yang perlu dijadikan. cara kerja mereka perlu berubah dan mereka sendiri perlu turun ke akar umbi untuk melihat dan mendengar sendiri masalah dan padangan rakyat. Mereka tidak boleh lagi menjadi pemimpin politik tetapi hanyan tinggal di 'pejabat' semata-mata. Mereka perlu turun ke akar umbi dan menyelesaikan masalah rakyat. Mereka perlulah bekerja keras untuk rakyat dan membawa perubahan kepada rakyat supaya mereka menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
Mesej kepada pembangkang ialah apa yang diminta oleh rakyat akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan jadi pembangkang tidak perlu mengambil kesempatan ke atas perkara seperti ini. Isu-isu yang dimainkan oleh mereka akan dikurangkan sekurang-kurangnya.... sehinggalah mereka tidak punyai isu dan mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap isu yang mereka timbulkan.
Hakikatnya banyak perkara yang DS najib telah tunjukkan sebagai 'hint' kepada rakyat Malaysia. Namun apa yang beliau perlukan ialah kerjasama daripada rakyat untuk menjayakan apa yang beliau hasratkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan