Khamis, April 16, 2009

V Sivakumar tewas!

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Zambry dan enam exconya sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

kesimpulannya V Sivakumar tewas dan salahguna kuasa..... kita pasti apa tindak balas PAS dan Pakatan rakyat Perak.... sebagaimana kata S/U Agung PAS... PR bersedia membuat rusuhan ala Pattaya!..

Nampaknya pakatan rakyat bercadang hendak adakan rusuhan ala thailand... Ini menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak sensitif dan prihatin terhadap keamanan negara. Dengan pemimpin yang berfikiran sebegini masa depan rakyat dan negara akan terjejas...

Namun jika demosntrasi atau rusuhan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat... itulah dia Melayu pencacai dan alat DAP yang bersungguh-sungguh... mana ada muka Cina! setakat 2 3 ketul je.... yang dapat tanahnya di Perak kaum Cina... yang dapat tanah juga sekolah Cina.... Tapi yang jadi kuli, barua dan pencacainya itulah Melayu PAS dan PKR!

2 ulasan:

safirul amar berkata...

Hidup UMNO(BN) untuk agama, bangsa dan Negara!!

kifli berkata...

MAJORITI RAKYAT PERAK TETAP TIDAK RESTU ZAMRY SEBAGAI MB DAN KERAJAAN HARAM!
Mahkamah Persekutuan hari ini 'membebaskan' penggantungan Datuk Zamry Abdul Kadir dan enam ahli exconya daripada penggantungan yang dibuat oleh jawatankuasa Kebebasan dan Hak DUN Perak yang diketuai oleh Speaker V.Sivakumar selama 18 bulan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara ini bakal menyaksikan bermulanya sejarah dalam sistem perundangan negara bahawa kuasa Dewan Rakyat dan DUN tidak lagi mempunyai imuniti dan kekebalan khususnya kuasa speaker kerana boleh dicabar dan dipertikaikan di mahkamah.

Bermakna selepas ini, mana-mana wakil rakyat boleh mencabar keputusan speaker dalam dewan yang mulia di mahkamah. Misalnya penggantungan Gobind Singh Deo oleh speaker Dewan Rakyat selama setahun. Persoalan timbul adakah mahkamah bakal mengambil alih fungsi dan kuasa speaker selepas ini? Sudah pasti kes ini akan dijadikan rujukan dalam kes yang berkaitan pada masa akan datang.

Walaupun mahkamah telah membebaskan Zamry dan 6 exco yang lain, majoriti rakyat Perak tetap menolak mereka sebagai wakil rakyat dan menubuhkan kerajaan haram di Perak. Ini telah dibuktikan dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang bahawa rakyat telah menolak 'mohon restu' dan menghantar referendum dengan memberi kemenangan besar kepada Menteri Besar Rakyat Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin.Umno@BN tidak akan berani untuk berhadapan dengan suara dan kehendak rakyat Perak yang menuntut satu pilihanraya semula diadakan.

Dalam masa yang sama, Zamry masih belum boleh mendabik dada sebagai MB Perak kerana perbicaraan status beliau sebagai MB masih di peringkat perbicaraan di mahkamah. Di samping itu saya yakin V. Sivakumar akan merayu dan mencabar keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini. Kemelut di Perak tetap akan berpanjangan selagi DUN tidak dibubarkan untuk mendapat mandat dan restu dari rakyat Perak

Kongsi Link Anda