Popular Today

Jumaat, Jun 05, 2009

Kesatuan Pertubuhan Melayu dan Pertubuhan Islam!

Adakah akan terjadinya kesatuan Pertubuhan Melayu dan Pertubuhan Islam di negara ini. Adakah kesatuan kedua pertubuhan terbesar di negara ini akan berlaku. Apabila Melayu dan Islam bersatu dari segi 'maknawi' dan 'maddi' maka dakwah Islamiah yang ditunjangi oleh Melayu akan memberi kekuatan kepada roh syariat Islam.

 

Adakah dengan kata-kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini menyeru golongan ulama supaya sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan akan memberi harapan kepada umat Islam dan Bangsa Malaysia seluruhnya.

 

Katanya, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

 

‘‘Selepas sedikit kajian dibuat, didapati Afrika Selatan dan Indonesia adalah antara negara yang awal mengamalkan konsep negara perpaduan selepas United Kingdom pada suatu masa dahulu selepas Perang Dunia Pertama.

 

‘‘Penjelasan dari perspektif syarak yang digabungkan dengan pendapat cendekiawan politik semasa akan dapat membantu mengukuhkan idea Presiden yang juga seorang ulama. Ini sekadar contoh apa yang berlaku pada sesi lalu,” katanya. 

 

Saya percaya banyak manfaat yang orang Melayu, Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya dapat terima dari hasil kesatuan ini.

 

Cuma apa yang dimahukan adakah kesatuan yang diimpikan seluruh umat Melayu akan tercapai. Adakah segala halangan dan cabaran dapat diatasi dengan jayanya. Walaupun ini hanyalah impian… namun dengan ketentuan Allah SWT jika semua pemimpin ikhlas, Insya Allah akan Berjaya.

 

Moga Allah berkati kita semua…  

1 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

APA YANG KITA BOLEH KATAKAN, KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL BERMULA DARI TUANKU ABDUL RAHMAN HINGGALAH ERA DS NAJIB, DAH TERBUKTI LEBIH ISLAMIK, LEBIH DINAMIK DAN LEBIH IDEALISTIK, LEBIH TERKEHADAPAN DAN LEBH BAIK DARIPADA KERAJAAN PAS DI KELANTAN. SEMUA IDEA HJ HADI DAH DIWAR2KAN OLEH TUN MAHATHIR SEWAKTU PEMERINTAHAN BELIAU. PAS BOLEH MENCEDUK MANA2 IDEA BN SEBELUM INI. MAKA ADALAH LEBIH BAIK BN MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PEMERINTAHAN DARIPADA MENJADI LEBIH HIPOKRIT MCM PAS

Kongsi Link Anda