Popular Today

Jumaat, Jun 05, 2009

' Muzium ulama' ' di dalam PAS

Kalau hendak melihat muzium 'ulama' lihatlah dalam PAS.. ini mungkin 'mafhum muhalafah' dengan istilah kalau mahu lihat muzium UMNO pergilah ke Johor. 

Kini 'Ulama' dalam PAS umpama muzium sahaja untuk ditinjau dan dilihat. Ulama kini hanyalah monumen sahaja alam PAS untuk menjadi simbol dan imej. Kini ulama hanya mampu melihat sahaja kerana nasihat dan pandangan mereka di dalam PAS tidak lagi diterima.. khasnya pemimpin erdogan mereka.

Usul Dewan Ulama PAS, agar ulama sahaja menerajui 3 jawatan utama dalam PAS di tolak.
 

Usul jawatan presiden diterajui ulama ditolak
Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman | Jun 5, 09 9:26am
Usul Dewan Ulama PAS supaya jawatan kanan parti - presiden, timbalan dan seorang naib presiden - diperuntukkan kepada ulama telah ditolak, kata Pengerusi Jawatankuasa usul Muktamar PAS, Mahfuz Omar.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, usul itu ditolak kerana tidak cukup kriteria untuk dibahaskan.

Katanya, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat, terlebih dahulu kerana pelaksanaannya melibatkan pindaan perlembagaan parti tersebut.

Semalam perwakilan Dewan Ulama Terengganu membentangkan usul tersebut dan diluluskan oleh dewan berkenaaan untuk dibawa ke muktamar yang bermula hari ini.

Usul itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu.
 
Makna usul ini amat besar bagi puak erdogan dan sekutunya..khasnya calon-calon mereka yang bertanding dalam jawatan tertinggi dalam PAS. Sebagai mana di ketahui Mahfuz bukanlah dari golongan ulama sebenar, sebagai kata Nik Abduh mereka ini ialah 'ulama mee celup' dan tidak mementingkan perjuangan Islam.

Adakah ini bermakna zaman ulama dalam PAS sudah berakhir.. hanya tinggal muzium sahaja,,,

1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Deme nak tau berapa ramai kader-kader anwar al juburi telah menyerap dalam PAS ?

Nik Aziz dah kata, siapa saja yang sokong PAS dia terima, bukan dia tahu yang masuk PAS ada tujuan lain, bukan nak kan Islam, cuma nak menyeam je......

Kongsi Link Anda