Khamis, Jun 11, 2009

PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS - PAS Tak de telur ka?

PAS kawasan Shah Alam, yang mengusulkan supaya Sisters In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.

Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".

Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS.

Bagaimanapun beliau yang juga ahli lajnah politik PAS penggal lalu, tidak pasti sama ada pertukaran itu boleh dilakukan memandangkan muktamar telah meluluskan usul itu, Ahad lalu.

Ahli parlimen Shah Alam itu berkata, usul yang dihantar kepada jawatankuasa usul parti itu "bukanlah versi terakhir, tetapi yang belum dipinda".

"Usul itu datangnya daripada Dewan Muslimat kawasan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan terus dihantar (kepada jawatankuasa usul pusat)," kata Khalid kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, PAS kawasannya mengadakan mesyuarat agung tahunannya agak lewat - dua hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 25 April lalu.

Khalid, yang dilihat seorang pemimpin moderat beraliran profesional PAS, berkata beliau telah dihubungi Pengurus Kanan SIS Maria Chin berhubung perkara itu.

"Kami setuju, pandangan mungkin berbeza, tapi perlunya perbincangan supaya wujudnya perasaan saling memahami," katanya.

Khalid fikir semua lebih 1000 perwakilan PAS Haprak!.. tak boleh fikir kerana mereka yang bersetuju meluluskan usul tersebut.

Nazak dah PAS ni... telur tak de dah! 

1 ulasan:

megat berkata...

sejak bila Pas ada telur, mmg kita tau ahkirnya dia akan tunduk pada Tuan DAP dan PKR.

Kongsi Link Anda