Popular Today

Sabtu, Jun 06, 2009

Terkini - Akhirnya 'musuh dalam selimut PAS' tewas

kemaskini jam 10.00 pg - Akhirnya musuh dalam selimut PAS tewas.. segala spekulsi kemenangan Husam.. terus terkubur bersama penyokong mereka. Ulama dalam PAS bernafas kembali....

Nasharuddin kekal timbalan presiden
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Jun 6, 09 9:31am
Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

nasharuddin mat isa husam musa mat sabu 050607Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi

Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS. 

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin  - 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448
 
Mustapa juga turut mengumumkankeputusan jawatan timbalan pengerusi tetap yang dimenangi oleh Husin Ismail yang mendapat 609 undi.

Dua lagi calon - Ishak Surin mendapat 200 undi manakala Tengku Puji Tengku Abdul Hamid memperolehi 199 undi.

Jawatan pengerusi tetap dimenangi Abu Kassim Abdullah tanpa bertanding.

Mustapa memberitahu pemberita kemudiannya bahawa seramai 1,040 perwakilan layak mengundi tetapi hanya 1,026 yang berbuat demikian. Terdapat empat undi rosak.

Proses pengundian diadakan petang semalam dan pengiraan undi dilaporkan berjalan sehingga sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam.

1 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

apakah quran umno dan pas berbeza ? apakah nabi umno dan pas berbeza ? apakah kitab umno dan pas berbeza ? apakah malaikat umno dan pas berbeza ? JAWAPANNYA SEMUA KITA ADALAH SAMA, TUHAN SAMA,NABI SAMA, KITAB SAMA,SUNAH YANG SAMA,MALAIKAT YANG SAMA..

Kongsi Link Anda