Popular Today

Sabtu, Jun 06, 2009

Ulama disingkirkan - Husam menang

Jam 8.00 pg - Akhirnya golongan ulama' tersingkir dalam PAS. Urusan dakwah Islamiah tidak sepenting politik Husam. Mesej sebenarnya memang jelas, sebab itu kalau Hudud di ketepikan dan Negara Islam tidak menjadi keutamaan kerana memang ada golongan yang membelakang syariat Islam di dalam PAS.

Haji Hadi nampaknya akan menjadi Tun Mahathir suatu hari nanti. Husam akan melawan Hj Hadi, dengan kumpulannya sebagaimana yang  berlaku ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Tun Mahathir. Setentunya sasaran seterusnya bagi Husam adalah kerusi Presiden PAS, kita akan melihat bagaimana Hj Hadi akan disingkirkan. Ulama hanya menjadi muzium dalam PAS.

Keputusan terkini (bukan rasmi) pemilihan PAS adalah Datuk Husam Musa memenangi jawatan timbalan presiden PAS dengan menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.Menurut keputusan tidak rasmi, Husam mendapat 453 votes undi manakala Nasharuddin memperolehi 388. Seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapatkan 188 undi. Tugas Mat Sabu pecahkan undi Us Nasha telah berjaya.

Adakah akan berlaku perpecahan dalam PAS. Antara orang tua dan orang muda... antara Ulama dan Profesional.... masa akan memberitahu kita..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wei ko ni biar betul dlm harakah kata lain.Hampes xbole pakai

Anon 00 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anon 00 berkata...

salah berita nih... keputusan rasmi dah keluar pada pukul 9.30 tadi dan Ust. Nasha yang menang besar mengalahkan Husam dan Mat Sabu... sedangkan artikel ini pula disiarkan pada pukul 10 lebih... penulis blog tak perasan ker?

Mohon diperbetulkan berita ini...

Aspirasi berkata...

Laporan ni keluar masa keputusan tak rasmi.. banyak spekulasi sebelum tu... sila baca posting terkini keputusan muktamar pas,

tk

Kongsi Link Anda