Selasa, Julai 21, 2009

75,808 sah jadi pengundi baru untuk suku kedua tahun ini

KUALA LUMPUR 20 Julai - Sebanyak 75,808 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 18,630 untuk pertukaran alamat pusat mengundi diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh suku kedua tahun ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, pemohon boleh menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang akan dipamerkan selama seminggu bermula esok menerusi 994 lokasi pameran di seluruh negara.

"Mereka boleh semak permohonan di pejabat SPR negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat-pejabat daerah dan pejabat tanah.

"Selain itu majlis daerah atau perbandaran, dewan serbaguna, Rukun Tetangga dan balai raya juga mempamerkan nama-nama mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Persoalannya berapa ramai pengundi muda Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi ni.... ramai yang bukan Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi pada masa akan datang... ini yang membimbangkan kita. Remaja Melayu buta demokrasi tetapi celik hiburan... mereka juga buta tentang kenegaraan..

Untuk makluman para pengunjung sekelian, aspirasi pernah bertanya kepada petugas SPR yang mendaftarkan pemilih baru-baru ini sempena program suarasa TV9 di Muar pada 4-5 Julai yang lalu. Mereka berkata kebanyakn yang mendaftarkan diri terdiri dari pengundi bukan Melayu. Di Suarasa baru-baru ini dari 200 ribu orang yang dianggarkan hadir hanya 400 orang sahaja yang mendaftar sebagi pengundi... mereka juga berkata jika mereka membuat kempen daftar pemilih di pasaraya biasanya yang daftar pemilih hanya seramai 70-100 orang sahaja selama 2 hari di sana dan biasanya yang ramai ialah yang berdaftar adalah remaja bukan Melayu.

Jadi apa akan jadi kepada Melayu pada masa akan datang jika buta tentang demokrasi negara. Remaja kita sekarang berada keadaan selesa, mereka tidak tahu tanggungjawab mereka kepada negara dan bangsa...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda