Popular Today

Khamis, Julai 16, 2009

Malaysiakini : Konflik PAS semakin parah di MU


PAS memang boleh berlakon dan bercakap apa sahaja tentang konflik dalaman mereka... walaupun mereka menafikan tetapi rakyat melihat wayang mereka , wayang pemimpin mereka....

Hakikat antara Erdogan vs Ulama masih ada dan begitu juga hakikat kerajaan perpaduan dan kerajaan perpecahan...

Begitulah wayang antara pemimpin PAS dan pemimpin PKR yang lain... seperti isu di kedah... umpama api dalam sekam.... luar dilihat tiada apa tetapi di dalam panas membara...

Beberapa laman web dan penulis blog yang pro-PAS tidak puas hati dengan kemenangan tipis parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai kelmarin.

Menurut mereka, kemenangan "nyawa-nyawa ikan" dengan 65 undi antaranya berpunca daripada perbalahan yang berterusan dalam PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

Mereka juga mendakwa, ahli-ahli PAS juga tidak puas hati kerana "mereka dibiarkan gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab.

Satu artikel di laman web Tranungkite mendakwa berlakunya perpecahan dalaman PAS terutama petugas dari Kelantan dan Terengganu, yang menurutnya, saling sindir-menyindir antara satu sama lain.

Tulisan itu menyebut: "PAS memang menang di Manek Urai tetapi dengan kemenangan yang sangat tipis. Kemenangan yang menjawab seribu satu persoalan selama ini."

"Secara ringkasnya PAS memang berpecah. Tanyalah petugas-petugas dari Terengganu apa 'kata-kata sambutan' dari PAS Kelantan. "Tanyalah pula PAS Kelantan apa 'agenda dan doa' sesetengah dari PAS Terengganu.

Janganlah perbodohkan rakyat...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda