Jumaat, Ogos 14, 2009

Isu arak Selangor macam selesai tapi Isu Hasan Ali tetap tak selesai


SHAH ALAM, 13 Ogos (Bernama) -- Jawatankuasa disiplin sedang ditubuhkan bagi membolehkan wakil rakyat pakatan pembangkang membuat aduan terhadap sebarang salah laku ahli-ahli dari tiga parti pakatan itu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Cadangan penubuhan jawatankuasa ini dikemukakan pada seminar Pakatan Rakyat hari ini. Jawatankuasa ini bukan tempat untuk menentukan hukuman tetapi sebagai tempat untuk berbincang mengenai aduan yang dikemukakan.

"Namun ahli parti masih boleh mengambil tindakan sekiranya mereka mahu," katanya kepada pemberita.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua baru-baru ini meminta pakatan itu supaya menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menghukum Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mahukan exco kerajaan negeri dari DAP, Ronnie Liu dipecat berhubung isu rampasan arak.

Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah berkata parti itu masih mahu menubuhkan jawatankuasa tersebut walaupun Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu penjualan arak di Selangor telah selesai.

-- BERNAMA

1 ulasan:

Tungaklangit berkata...

salam

yang dilantik untuk memperkukuhkan sekretriat yang akan ditubuhkan itulah mereka yang mempunyai rekod buruk seperti zaid ibrahim pencacai yang derhaka dan lari ke PR, si Look ketua DAPSY yang kata fucking religion kepada islam dan salahuddin ayub yang turut serta dalam pesta angguk2 kepala depan gambar TBH di Melaka...

macam mana nak elok...????

salam

Kongsi Link Anda