Khamis, Ogos 13, 2009

Syabas Tan Sri Harussani Zakaria kerana berani bercakap benar

"Lucut Kerakyatan" itulah nada tegas Mufti Perak ini terhadap pihak yang menghina Intitusi Raja. Nada beliau itu susulan kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria pasti sekali lagi akan menjadi mangsa penghinaan pihak yang tidak berpuas hati atas kenyataan beliau.. yang pastinya tertumpu kepada 2 perkara iaitu:

1. Kenyataannya kepada penghina Institusi Raja pasti akan dieksploitasi oleh pihak pembangkang dan dilabel sebagi perkauman.

2. Bagi pihak menyokong Nik Aziz pula akan menyerang peribadi Mufti Perak ini seperti Blog Malaysiawave.

Tahniah kepada Tan Sri Harussani Zakaria kerana beliau merupakah satu-satunya ulama dan mufti yang berani bercakap benar... samada kepada Kerajaan mahupun Pembangkang...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sokong tan sri harussani, majlis raja2 kena bersidang dan lucutkan kerakyatan, pergilah cari negara mana yg mereka suka.

baru mereka sedar tak da negara didunia ni yg sebaik malaysia.

azman

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Seorang ulama yang tidak berkempentingan sama ada politik atau pribadi macam Harussani perlu dihurmati, bercakap kerana kebenaran demi memartabatkan maruah Islam.

Bukan macam Tok-Tok Guru PAS yang memutarbelikan agama untuk kepentingan politik, segala yang mungkar didalilkan halal untuk menipu umat Islam.

Tungaklangit berkata...

salam

saya bersetuju dengan Tan Sri Harunssani dan beliau berkata atas kebenaran bukannya menyebelahi mana-mana pihak seperti yang lain

sokongan terhadap Mufti Perak

salam

ajijasin berkata...

salam alaikum...

memang sedap membantai menghentam membelasah org lain!!!
MANA PERGINYE PEJUANG PENDOKONG
KEPALA2 DALAM UMNO!!!

LEBIH2 LAGI YB2 UMNO YG KONONNYA MELAYU LAGI ISLAM!!!

yg kena bantai!!!
kena hentam!!!
kena belasah pun dok "relaxxxxx aje!!!
takut tak dapat jadi calon YB ke lagi!!!
memang aku pelik perangai
KEPALA2 DALAM UMNO
DAN YB2 UMNO NI!!!
ENTAH APA YG TERSUMBAT DAN DISUMBAT
KAT DALAM BATANG LEHER MASING2
TU TAK TAU LA AKU!!!

EEIIIIIIII.....
UMNO ADA 191 KEPALA BAHAGIAN
70 ORG YB MELAYU ISLAM!!!
TAKKN SORANG PUN...
TAK ADA YG KEPALA GILA2 SIKIT PUN!!!
NAK SERGAHHHHHHH NIKOL AJIS DAN
DAP KAPIR HARBI LAHANAT TU!

ISLAM NI DAH 1400 TAHUN LEBIH!!!
SAMPAI KAT TANAH MELAYU NI DAH 400 TAHUN LEBIH!!!

TAKKN NAK IYAKAN DAN BIAOKN
CAKAP NIKOL AJIS TU!!!
NAK TUNGGU SAMPAI PM TPM BUKAK MULUT BARU NAK MASING2 NAK BERSUARA!!!
POOOOOOOOOORRRRRAAAAAAAHHHHHH!!!

ITU PUN NAK KENA AJAOOOOOO KE!!!

JANGAN JADI KEPALA KEPALA UMNO
YB2 MELAYU ISLAM
MACAM...
BURUNG TIUNG BURUNG KAKAKTUA LA!!!
DOK ULANG2 CAKAP ORG!!!
JANGAN JADI AYAM DIDIK MAKAN KAT TAPAK TANGAN!!!

AKU INGAT KEPALA2 DAN YB2 UMNO MELAYU ISLAM NI!!!
TAKUT DAN TAK GHETI NAK CAKAP PASAL
MARUAH ISLAM!!!

TOLONG BUKAK MULUT!!!
SERGAH BANTAH CAKAP NIKOL AJIS TU TERANG2
JANGAN BERSUARA BISIK2 BALIK TELINGA PUN TAK DENGARRRRRR!!!

TAK PAYAH LA KEPALA2 DALAM UMNO
IKUT RENTAK NAK BUAT DEMO BESAO2!!!
MASING2 BUAT SIDANG AKHBAR DAH CUKUP BAIK!!!
BANTAH BELASAH BANTAI NIKOL AJIS TU!!!
JANGAN INGAT DIA TOK GURU
BOLEH CAKAP SEMBARANGAN!!!
MACAM ORG LAIN TAK GHETI PASAL AGAMA...
PASAL ISLAM!!!
ISLAM KAT TANAH MELAYU NI DAH
400 TAHUN LEBIH!!!
ADA FAHAM TAK!!!

Ex-UMNO berkata...

Sekarang sudah tiba masanya UMNO di pinggirkan oleh rakyat.

Walau apa juga cara UMNO buat untuk ambil hati rakyat - pasti gagal.

Kongsi Link Anda