Jumaat, Oktober 16, 2009

Krisis kepimpinan PKR di Sabah dan Sarawak semakin serius

Pokok bergoyang lagi kini dilanda angin yang lebih kencang lagi.. Menurut laporan Malaysian Insider Krisis kepimpinan PKR di Sabah dan Sarawak akan menyaksikan Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub akan digugurkan sebagai pengerusi PKR di kedua negeri tersebut. Sedangkan kedua mereka ini baru sahaja dilantik sebagai pengerusi PKR kedua negeri tersebut Februari lalu.

Krisis ini dikatakan sangat serius dan berlaku kerana ketidak percayaan lagi kepimpinan tempatan PKR di Sabah dan Sarawak terhadap kepimpinan PKR Pusat. Sehingga kepimpinan PKR di Sabah dan Sarawan telah memprotes dan mebrontak secara terang-terangan.

Di Sawarak sebelum ini dikatakan bahawa pengerusi PKR negeri itu, Gabril Adit akan keluar dari PKR sebab tidak puas hati dengan Mustafa Kamil Ayub.

Manakala di Sabah pula Timbalan Presiden, Jffry Kitingan telah menghantar memorandum yang mengatakan Azmin Ali gagal melaksanakan tugasnya serta melampaui batas kerana mengarahkan pelantikan yang meminggir dan mengetepikan kepimpinan PKR tempatan.

Di dalam Blog Sabahkita mengatakan Dr Jeffrey, sebagai veteran politician, tentunya sudah dapat meramal bahawa PKR kini berada di ambang krisis. Krisis-krisis dalaman Pakatan Rakyat terutama antara DAP dan PAS yang sering tercetus kerana perbedaan ideologi lebih menjadi perhatian Pakatan Rakyat dari PKR Sabah. Berdasarkan keadaan ini, adalah lebih wajar krisis sebenar PKR Sabah tidak lagi disembunyikan di bawah permaidani atau Lebih baik ditangani secara terbuka dan “gantleman” oleh pemimpin PKR Sabah.

Ramai pemerhati politik melihat bahawa inilah masanya Jeffrey menghadapi kenyataan samada PKR benar-benar memerlukan kepimpinannya atau dia akan menyahut dan menerima jemputan YB. Albert Timbun Lagadan, Naib Presiden PBS untuk Jeffrey kembali ke pangkuan Parti Besatu Sabah-PBS.

Bila 16 Bahagian PKR bermesyuarat tidak resmi dan hanya dipengerusikan oleh Ketua Bahagian PKR Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin. Manakala PKR Bahagian Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran tidak hadir. PKR Bahagian Sepanggar dan Sandakan pula digantung. Ini memang krisis besar PKR Sabah yang sudah lama ‘overdue”. Ramai yang melihat bahawa Dr Jeffrey pasti berada di sebalik tabir tindakan itu. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa krisis kepimpinan sebegini memang “trademark” Jeffrey bila ketokohannya didesak dan dipersoal.

Bahagian PKR yang 16 itu majoritinya sudah pasti di kalangan penyokong Jeffrey dari KDM secara majoriti. Pengaruh Jeffrey di kalangan KDM memang sukar dinafikan. Relevantnya Jeffrey kepada KDM sama seperti relevanya DSAI kepada PKR. Tetapi bila Jeffrey tercabar dengan tindakan Azmin Ali yang menamakan Tuan Haji Hamzah Amir sebagai bakal penggantinya bagi jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Jeffrey tidak lagi mampu bertahan atau berupaya menyembunyikan kehendaknya. Sebagai Naib Presiden PKR yang sudah menunjukkan komitment yang besar begitu lama, baginya dan penyokongnya dia lebih layak menduduki kerusi nombor 1 PKR Sabah itu.

Namun Azmin mungkin mempunyai perhitungan yang berlainan. Baginya, musuh yang perlu ditawan di Sabah ialah UMNO manakala pihak lain dianggap sudah dipertanggungjawabkan kepada DAP, PAS atau SAPP. Kerana itu dia memilih Haji Hamzah Amir. Perkiraan Azmin ini dilihat sebagai prelude kepada PRU13 di mana Jeffrey BUKANlah seorang yang mudah menuruti kehendak pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan. Jeffrey adalah “pemegang paten” Borneonisasi dan point 20. Terbukti apabila dia menidakkan dan menafikan camputangan Teresa Kok (DAP) semasa pemilihan calon dalam PRU12 yang lalu.

Menurut sumber PKR tindakan Anwar yang menggunakan orang Semenanjung untuk mengepalai kepimpinan PKR di Sabah dan Sarawak telah menjerat dan memakan diri sehingga berlakunya krisis dalaman yang serius ini. Apatah lagi dengan jumlah kerusi yang banyak di Sabah dan Sarawak pastinya krisis kepimpinan akan menjejaskan peluang pakatan rakyat untuk memenangi kawasan tersebut.

Anwar dikatakan akan menerajui sendiri kedua-dua negeri tersebut.. jika kepimpinan kanan PKR seperti Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub pun gagal memimpin Sabah dan Sarawak... ini menunjukkan kelemahan kepimpinan pusat PKR... PKR hanya bergantung semata-mata pada ANwar... tetapi jika semua perkara Anwar perlu buat.. PKR pasti akan menemui kegagalan kerana Anwar terlalu banyak yang perlu diurus kerana pembantu mereka yang lemah dan tidak mempunnyai kualiti kepimpinan.

Krisis terbesar yang berlaku dalam PKR ialah sebenarnya perubatan jawatan dalaman sehingga berlaku pergelutan kuasa ini... pemimpin PKR kini masing-masing cuba meluaskan sayap kuasa mereka apatah lagi jika pemimpin baru sahaja masuk kedalam PKR didahulukan seperti Chua Jui Meng dan Zahid Ibrahim setentunya akan menimbulkan ketidakpuasan terhadap pemimpin senior yang telah lama berkhidmat bersama PKR.

1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam, di Sabah, siapa tidak kenal dengan cara politik Jeffry, dia tidak akan pernah puas menduduki mana-mana komponen parti sejak dari PBS dulu........ Jeffry sepatutnya sudah lama berundur dari arena politik bagi mengelakkan masyarakat Kadazan Murut berterusan berpecah belah.

Anwar lagi bijak memainkan peranan dalam politik Jeffry, dia yang mengamalkan suka masuk ikut pintu belakanh, maka tidak hairanlah kalau dia kurang yakin dengan Jeffry.....

Kongsi Link Anda