Popular Today

Jumaat, Oktober 16, 2009

UMNO rasis - pembangkang perlu cermin diri dahulu!

Semalam secara terbuka DS Najib menemplak mana-mana pihak yang menuduh UMNO rasis kerana mereka tidak merujuk kepada sejarah dan fakta.

Dalam laporan Utusan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada pihak yang semberono menuduh UMNO sebagai parti perkauman supaya terlebih dulu mencermin diri secara ikhlas.

Tegas Perdana Menteri, pihak terbabit harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri dan jangan terlalu angkuh mengaku konon merekalah parti pelbagai kaum yang paling bermoral dan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini.

“Adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan,” soalnya dalam ucapan dasar sulung sebagai Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-60 di sini hari ini.

Jika betullah parti itu (UMNO) rasis bagai didakwa, beliau percaya tidak mungkin ia amat bertolak ansur terhadap budaya etnik lain sehingga wujudnya sekolah pelbagai aliran bahkan mustahil pula untuk bekerjasama akrab dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya UMNO sebagai parti berasaskan Melayu yang didakwa rasis, kata beliau, telah menjadi nakhoda memimpin kesemua tindakan hebat kerajaan untuk kepentingan rakyat sejak 50 tahun lalu.

Mengimbas sejarah negara yang seiring dengan susur galur UMNO, beliau berkata, parti itu telah mengepalai usaha menyelamatkan negara bermula daripada ambang kehancuran akibat konflik kaum pada 13 Mei 1969.

“Para pemimpin UMNO boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digantung. UMNO juga boleh memutuskan untuk menubuhkan kerajaan satu parti atau mungkin menyokong saja pihak tentera melakukan kudeta.

“Akan tetapi, itu semua tidak dilakukan, malah UMNO berusaha keras mengembalikan demokrasi dalam masa 18 bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa UMNO bukan sebuah parti yang mabuk kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman,” tegasnya.

Baginya, perkauman sebenar adalah apa yang berlaku pada zaman aparteid di Afrika Selatan dan era 60-an di Amerika Syarikat, ketika amalan perkauman berlaku secara terang-terangan sehingga sekolah, bilik air, tempat makan di restoran dan tempat duduk dalam bas dibeza-bezakan.

Semua itu, katanya, hanya berakhir setelah keputusan pengasingan kaum, institusi pendidikan tahun 1954 oleh Mahkamah Agung melalui kes Brown lawan Lembaga Pendidikan Kansas, Akta Hak Sivil tahun 1964 dan Akta Hak Mengundi 1965 digubal.

Menurut Najib, pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang yang pengundinya terdiri daripada masyarakat majmuk, orang bukan Melayu menerima UMNO dengan hati terbuka.

Justeru untuk terus diterima rakyat, katanya, amat penting untuk parti itu berpegang kepada falsafah UMNO yang sederhana sejak penubuhannya tanpa condong sama ada kepada fahaman liberal mahupun konservatif.

Sebagaimana diketahui tuduhan rasis kepada UMNO kerana niat jahat semata-mata dari parti pembangkang yang mahu menjatuhkan UMNO.

Tindakan DS Najib menyelar tuduhan jahat mereka merupakan penegasan yang jelas bahawa UMNO bukan parti rasis. Segala fakta dan sejarah yang disebut satu persatu membuktikan sedemikian.

Hakikatnya yang sebenar rasis ialah Pakatan Pembangkang itu sendiri tanpa menghiraukan perasaan sesuatu kaum. Merekalah yag memainkan isu-isu rasis sehingga menimbulkan huru-hara hubungan antara kaum. Sebab merekalah menyebabkan kaum Cina dan India timbul prasangka kepada Melayu dan begitulah sebaliknya. Mereka hanya menjuarai isu-isu jika berkaitan kepada kaum Cina dan India tetapi buka kepada Melayu. Kita boleh melihat seperti isu kematian Teoh Beng Hock dan Kugan... tetapi di mana tindakan mereka yang pernah membela kaum Melayu...

Bukan setakat rasis Pembangkang juga memainkan isu keagamaan khasnya agama Islam seperti tindakan EXCO Selangor yang menyalahkan gunakan kuasa ketika isu rampasan arak. Isu Suruhanjaya agama, penggunaan wang zakat untuk pembangunan, isu azan, penukaran nama jalan dan banyak lagi..

Mereka ini cakap tidak serupa bikin... mereka menuduh UMNO rasis tetapi sebenarnya mereka yang rasis..


3 ulasan:

kelambuharimau berkata...

pakatan jahanam hanya tahu menempelak orang sahaja..mereka nak bercakap biarlah berbahasa..adakah mereka perfek dari semua aspek>\? tidak...pakatan jahanam hanya mampu bersorak ditepi jalanan sahaja..kerja tak tahu nak buat.

Unknown berkata...

sapa yg rasis??bukankah DSAI tu yg pencetus rasis?sebab per yg koi nmpk sbb huru hara yg berlaku adalah selepas kuarnya DSAI dari penjara smpilah laa ni..yg dia tahu n pk nk cari jalan jer nk jatuhkan PM,BN dan UMNO...Rakyat boleh berfikir buruk dan baiknya seseorang pemimpin itu..

C L J berkata...

Pas kalau tak rasis tak payah lah buat kelab penyokong pas. Terima jadi ahli terus je la. Apa nya beza beza kaum.

Dap kalau tak resis kenapa nak buang jawi tuh. Tuhi tuhi tuhi !

Anuar je tak rasis. Depan cina cakap lain. depan india cakap lain depan melayu cakap lain. Belakang je dia sama. Makan semua.

Kongsi Link Anda