Khamis, Oktober 29, 2009

MB Selangor desak ADUN PKR Pelabuhan Klang letak jawatan

Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

azlan"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.

AB : Sepatutnya semua kepimpinan PKR letak jawatan... paku dulang paku serpih, kata orang dia lebih... boleh dikatakan semua pimpinan PKR 'under performence'.. asyik berebut jawatan sahaja.... dan jawatan diberikan kepada kroni sahaja..

sumber - malaysiakini

5 ulasan:

gotahlantun berkata...

bukan setakat letak jawatan, jika bersalah, hukuman mesti diambil.

Aspirasi berkata...

semua yb PKR patut letak jawatan khasnya MB Selangor...

Media Cyber berkata...

PRK lagi .. bosan betul! dorang ni saje nak malukan BN .. kahkahkah! khalid jahanam tu takde kerja lain dah!

Selangor Wave berkata...

salam

macam dah jadi hobi pembangkang nk buat prk. usaha khalid desak badrul seolah nk elak badrul jadi bebas dan pkr rugi satu kerusi+malu. atau ada isu besar lain?

Aspirasi berkata...

Pembangkang ni hanya pandai menyusahkan rakyat sahaja...

Kongsi Link Anda