Khamis, Oktober 29, 2009

Mengecewakan - hanya PAS S'gor diseret ke JK disiplin, Mustafa Ali dan Us Nasa terlepas!

Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu bagi menggantikan idea muktamar khas - yang disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

Dua keputusan penting itu diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Mesyuarat bermula jam 8.45 malam ini untuk membincangkan pertikaian Nik Abdul Aziz terhadap beberapa tokoh PAS, khususnya timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat. Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatn ke atas Hassan.

AB : Matlamat yang hendak di sampaikan melalui mesyuarat ini tidak menepati kehendak ramai penyokong PAS.. mesti mengecewakan mereka... bahkan mereka dihantar pula ke kelas 'seminar poltik' untuk di tarbiyah semula.. hehehe..

Dengan kata lain.. mesyuarat ini gagal!

Sumber: Malaysiakini

2 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

KAH KAH KAH....KAN AKU DAH KATA SEMALAM BAHAWA MAJLIS INI MERUPAKAN LAKONAN DARIPADA PAK LOBAI BERJANGGUT JEE..HANYA SEBAGAI MENGABUI MATA PENYOKONG SERTA MERAIH SIMPATI ORANG RAMAI DISEBABKAN PAK LOBAI NI DAH TAU BAHAWA SOKONGAN ORANG RAMAI TERHADAP PAS DAH MULA TERHAKIS...

KESIAN NYA PENYOKONG DAN BLOGGERS UPAHAN PAS..TERTIPU DENGAN LAKONAN SANDIWARA PAK LOBAI BERJANGGUT SEJEMPUT NI..TENGOKLAH APA KOMEN HADI "Ditanya mengenai tulisan Nik Aziz dalam laman blognya yang memberi gambaran adanya beberapa pemimpin utama parti itu yang pro-kerajaan perpaduan dengan UMNO , Hadi berkata, Musyridul Am PAs itu telah mengatakan segala tuduhan itu adalah tidak benar.

“Tuduhan itu tidak benar. Beliau sudah jelaskan,” jawabnya ringkas" KEPADA MEPADA ORANG MELAYU DAN PENYOKONG PAS ...BERFIKIR LAH SECARA RASIONAL DENGAN APA YANG TELAH TERJADI SEJAK KEBELAKANGNA INI TERHADAP PENTADBIRAN PAS..TERLALU BANYAK PENCANGGAHANNYA DAN ADAKAH PEMIMPIN SEBEGINI YANG PERLU KITA PILIH..

TETAPI APABILA SESUATU KEADAAN ITU TERJADI PIHAK MELAYU PAS TIDAK MAU MEMPERCAYAINYA WALAUPUN MEREKA BULAT-BULAT TERTIPU..PADA MEREKA INI SEMUA FITNAH DAN SENGAJA DIADAKAN OLEH PUAK UMNO DAN MEDIA PERDANA..PADA MEREKA SEMUA PERBUATAN PAK LOBAI NI SEMUANYA BETUL DAN PENDAPAT MEREKA TAK BOLEH DISANGGAH...SO ADA OTAK FIKIR SENDIRI LAH..HAKIKAT SEBENARNYA...

Tanpa Nama berkata...

1)kalau kita ingat bukan main lagi Tok Guru tu tulis dalam blog...(betul kah dia sendiri tulis???)Ayuh malam tadi semasa mesyuarat kamu Tok Guru pertahankan lah pendirian anda habis2...makna nya dayus dan pembohong lah Tok Guru kamu tu ye???
2) Jadi mesyuarat berkeputusan tolak kerjasama dengan UMNO, tutup buku!!!!katanya..seterusnya bersokongkol dengan kafir harabi tu lebeh mulia dari kaca mata perjuangan PAS...kalau dia dominan tak apa ini bersokongkol tapi takut macam tikus...malu lah Melayu!!

Kongsi Link Anda