Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.
"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.
"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.
Ulasan Aspirasi - Nampaknya semua cerita yang berlaku di Kelantan dah nak sampai penghujungnya.... memang ada usaha pihak tertentu nak turunkan Nik Aziz dan jadikan sebagai MB....
Kita mengetahui Datuk ahmad Yaakob jika dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan bersifat sementara sahaja... kerana desakan untuk Husam menjadi MB sangatlah hebat...
Apatah lagi Husam di sokong ANwar Ibrahim yang menjadi mentor beliau...
Kalau tidak pun Husam pasti menerima jawatan MB atas alasan akar umbi hendak beliau... biasalah orang politik... bab pusing-memusing memenag mereka cekap sekali... apatah lagi pemimpin PAS memang pandai spin 'cerita'..
jadi kisah, menantu Nik Aziz, pemecatan kikcdefella,isu tajaan Nik Aziz, Husam nak letak jawatan telah menjurus kepada suatu perkara... iaitu Nik Aziz perlu turun sebai MB... dan gantikan Husam sebagai Mb...
1 ulasan:
Salam bro...
Pandangan yang baik dan boleh diterima.kalau kita mahu buat andaian begitulah senario politik pas di Kelantan sebenarnya.
Jika berlaku kemelut diantara jenis Suka bertopengkan islam(Pas) ini susah sebenarnya utk diselesaikan berbanding dgn sikap org yg mengamalkan sikap bersederhana dlm islam(Umno).
Nik Aziz dari dahulu,kini dan selama2nya mengikut cara pertuturanya dari hari kesehari sukar sekali utk berubah.Berckp mengunakan islam mengatakan kpd org seolah tiada batasan dan semuanya betul. Sampai jelas kita sesama islam pun Nik Aziz boleh berdoa supaya Allah turunkan bala.Sdgkan kpd org kapir sekali pun kalau kita mahu berdoa kpdnya kena doa yg baik2 inikan sesama islam yang bezanya cuma Umno dan pas sahaja.
Peranan Hussam mengunakan tektik lebih licik dan halus, jenis limpar batu sembunyi tangan.Apabila timbul masalah dialah yg mengaut untongnya. Apa pun kelicikannya kita sudah dapat membacanya. Hussam menggunakan tektik dan cara Anwar. Pakmie setuju dan sokong ulasan yang dibuat oleh aspirasi diatas itu.
Apa pun target Hussam pertama mahu menjadi presiden pas tapi gagal kedua menjadi MB Besar. Semua dan cita2 utk menyenangkan lagiusaha Anwar kearah mengatur segala gerak kerjanya memPKRkan Pas.
Salam perjuangan utk semua asalamualaikum dan salam sejahtera.
Catat Ulasan