Isnin, Mac 02, 2009

POTFOLIO FAIRUS DIGUGUR, BLOGGERS DIPERKECILKAN

PKR Pulau Pinang hari ini mengesahkan tindakan melantik exco lain menggantikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri bukan bermakna pemimpin itu tidak mencapai prestasi yang baik tetapi ia lebih kepada rombakan biasa untuk memantapkan kerajaan negeri.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, menegaskan bahawa tindakan itu tiada kaitan dengan prestasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu dan hanya bertujuan meringankan bebannya.

Zahrain berkata, ini juga peluang yang baik kepada PKR untuk memberikan sumbangan yang lebih berkesan kepada kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang. Antara sumbangan PKR Pulau Pinang ialah merobohkan 80 gerai peniaga Melayu di Batu Feringgi

Beliau juga memperkecilkan peranan bloggers yang mengaitkan Fairus dengan isu rasuah dan penyelewengan kuasa. Namun jika dilihat secara tersirat dakwaan tersebut ada kemungkinannya betul sebagaimana pepetah Melayu menyebut 'jika tiada angin takkan pokok bergoyang'. Jika tiada apa-apa yang berlaku apa perlunya rombakan ini.

Katanya, beliau menyedari mengenai pelbagai dakwaan yang disebarkan di blog tertentu kononnya Mohammad Fairus tidak menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik dan menegaskan bahawa semua dakwaan itu perlu mempunyai bukti yang kukuh.

"Saya memang dengar macam-macam cerita mengenai Fairus tetapi kena ada bukti kukuhlah. Kalau setakat menulis dalam blog, saya rasa itu tindakan yang kurang sesuai, sebaliknya pihak yang mendakwa itu perlu membuat aduan secara rasmi sama ada kepada parti mahupun pihak berkuasa yang berkaitan jika dakwaan mereka membabitkan soal penyalahgunaan kuasa," katanya.

Hakikatnya banyak pendedahan yang dibuat oleh bloggers pembangkang terhadap kerajaan walaupun umum mengetahui ianya hanyalah dakwaan dan pembohongan pakatan Rakyat semata apatah lagi tiada bukti kukuh yang disandarkan. Namun ramai juga penyokong mereka yang tertipu dan terikut dan mempercayai segala tohmahan tersebut.

3 ulasan:

Sedingin Salju berkata...

Biasalah tu. kalau orang mereka buat salah, mereka kata tak apa. Tapi, kalau orang lain buat salah, wah, cepat-cepat desak suruh letak jawatan.

Harimau Berantai berkata...

Adalah tu yang tak kena..bukannya nak hebah..biasalah..Betul kat dia,salah kat orang..Agaknya siFairus ni nak disuruh jadi balaci si DAP bangsat tu..digugurkan dari pegang portfolio Hal ehwal Islam..aduh..bisanya..agaknya tak ngaji habis kut....sebenarnya Guan Eng nak pegang tu..nak jadi pak imam..

YB Raz Gothic berkata...

biasalah kerajaan P.Pinang kan Kerajaan Zionis

Kongsi Link Anda