Popular Today

Khamis, April 23, 2009

Telus - Lim Guan Eng melantik diri sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tender

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselar kerana melantik diri sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tender sekali gus tidak menggambarkan prinsip Cekap, Akauntibiliti, Telus (CAT) yang diguna pakai kerajaan negeri yang ditadbirnya.

Selepas ini senanglah Lim Guan Eng untuk anugerahkan tender kepada sesiapa yang dia suka. Sebagai seorang ahli politik, Ketua Menteri dan Pengerusi Tender tentunya beliau mempunyai ramai kenalan kontraktor yang memerlukan bantuan dari Lim Guan Eng khasnya kroni-kroni beliau.

Inilah mungkin yang dikatakan sebagai telus dan adil dalam pentadbiran DAP di Pulau Pinang apabila mereka yang memepunyai kepentingan yang melantik diri beliau sebagai pengerusi jawatankuasa tender.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) (gambar) yang mempertikaikan perkara tersebut berkata, ia tidak pernah berlaku di mana-mana negeri lain di negara ini sambil mencadangkan jawatan itu sepatutnya dipegang oleh seorang pegawai kerajaan.

''Saya betul-betul tidak faham macam mana perkara seumpama ini boleh berlaku, macam mana Ketua Menteri boleh lantik dirinya sendiri untuk jawatan tersebut, kalau sendiri jadi Pengerusi macam mana hendak nampak ketelusan.

''Sana sini sibuk laungkan CAT tapi lantik diri sendiri untuk jawatan tertentu pula, tak pernah berlaku perkara macam ini sebelum ini, betul tidak faham," katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada mesyuarat pertama penggal kedua sidang Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini hari ini.

Tambahnya, pada kebiasaannya pegawai kerajaan yang memegang jawatan itu seperti di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Justeru, Jasmin meminta Guan Eng yang juga ADUN Air Putih menjelaskan rasionalnya beliau melantik dirinya sndiri memegang jawatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Ketua Menteri juga mengarahkan rakan baiknya iaitu Timbalan Pengurus Besar PDC membantutkan peluang kenaikan pangkat pegawai lain di perbadanan itu.

''Pelantikan itu sepatutnya mengikut prosedur Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

''Satu lagi saya hendak tahu macam mana kerajaan negeri boleh meluluskan sebidang tanah kepada seorang Exco kerajaan negeri dan isterinya, saya bukan cakap sembarangan tetapi ada bukti," ujarnya.

Beliau memberitahu, perkara tersebut telah diluluskan dalam satu mesyuarat pada 2 September 2008 dan minit mesyuarat itu pula telah disahkan pada 10 September.

1 ulasan:

PARPUKARI berkata...

WOW TELUSNYA KALIFAH LIM GUANGENG

Kongsi Link Anda