Sebagai boneka DAP sememang sikap beliau angkuh dan bongkak... kita mengetahui sejak dari dulu lagi perangai Nizar ini walaupun berjuta beliau pernah terima projek hasil DEB UMNO yang membuatkan beliau seorang jutawan sekarang.
Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin membelakangkan teguran Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahu agar parti-parti politik di negeri ini bekerjasama disifatkan sebagai kurang ajar.
Sambil meminta Ahli Parlimen Bukit Gantang itu insaf dengan perbuatannya, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail menegaskan, sikap Mohammad Nizar itu menggambarkan beliau seorang pemimpin yang benar-benar sombong dan angkuh.
''Beliau berada di istana ketika baginda bertitah supaya dicari titik pertemuan antara parti-parti politik berbeza, tetapi selepas itu beliau boleh mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan UMNO.
''Tindakannya menunjukkan beliau bukan sahaja membelakangkan nasihat Sultan tetapi juga seorang pemimpin Islam yang angkuh dan sombong serta sanggup melihat kehancuran bangsa sendiri," katanya di sini hari ini.
Ahad lalu, Sultan Azlan Shah bertitah, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.
Justeru, titah baginda, para pemimpin kumpulan politik berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.
Kelmarin, Mohammad Nizar dalam reaksinya berkata, Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun ia bertujuan memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan di Perak.
Sebaliknya, beliau meminta Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah terbaik ke arah mencapai kestabilan politik itu.
Menurut Hilmi, titah baginda Sultan jelas merujuk kepada Mohammad Nizar serta sekutunya daripada pakatan pembangkang dan ia sepatutnya direnungkan dengan baik.
3 ulasan:
Daulat tuanku,Saya sokong Dato Seri Nizar.
Tuduhan2 anda menunjukan kaum2 UMNO ni lagi angkuh dan bersifat perkauman.
Tak sedar diri, dah kena tolak Rakyat, berselindung pula dibelakang Sultan.
Kalau jantan, hadapilah undi Rakyat !
Agak aneh komen saudara ini, yg menunjukkan saudara ini betul betul tak ada otak atau sengaja tak mau gunakan otak yg diberikan oleh tuhan yg maha esa. Apalah sikap sombong dan angkuh YB Nizar kalau dibandingkan dgn sikap YB Zambry. Apa salah kereta camry tu yg tak sampai satu tahun nak dilelong dan ditukarkan dgn proton. Bukannya kereta itu ada banyak kerosakkan. Tidakkah itu dinamakan membazir. Dgn keadaan ekonomi yg gawat sekarang ini beliau masih nak memboros duit rakyat Perak. Tidakkah itu dinamakan sombong, angkuh, dan membazir ? Kata PM PRK Penanti itu membazirkan duit rakyat. Yg tukar kereta yg tak sampai satu tahun tu apa namanya ? PM juga ada mengatakan konsep 1 Malaysia itu langsung tidak dihiraukan. Apakah maknanya kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat ? Tapi hakikat sekarang ini prestasi belum nampak lagi keutamaan rakyat juga telah diabaikan ? Bila lagi anak buah PM di Perak ini nak sedar ??? Tunjukkan prestasi kamu sekalian dan jangan lagi berselindung dibelakang Tuanku Sultan dgn memutar belit hakikat yg sebenarnya.
Catat Ulasan