Isnin, Mei 18, 2009

PAS tidak patut sembunyikan isu politik wang

Hakikat berlaku politik wang yang berlaku dalam PAS kini telah diakui oleh kebanyakan pemimpin PAS. Namun bagaimanapun kebanyakan cuba berselindung kebenaran rasuah yang berlaku dalam PAS.

Tetapi bagaimana PAS menanganinya yang mahu dilihat rakyat. Jika fakta rasuah ini dibakulsampahkan dan sesiapa yang mengadu pula bakal dikenakan tindakan terhadap mereka akan membuktikan PAS tidak serius menangani isu ini di dalam PAS.

PAS perlu telus dalam hal ini dan menyatakan apa yang sebenarnya yang berlaku dan bukan menyembunyikannya. Dan mungkin juga SPRM boleh turut serta dalam menyiasat isu rasuah dalam pas ini.

Terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

"Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.

"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi 'hadiah' mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hm..kalau baca kenyataan N. Ajis tu rasanya dia sokong hadiah wang (jangan baca rasuah). Keliru aku

Tanpa Nama berkata...

daripada engko menyibuk pasal PAS lbh baik netulkan dulu RASUAH jutaan RM dlm UMNO dulu lah bro...apa lah lu, GAJAH sebesar padang bola pun tak nampak, tp semut dlm hutan blh pulak nampak...atau saje=saje buat tak nampak....UMNO yg kian buta dan rabun melihat RMMMM

Kongsi Link Anda