Popular Today

Khamis, Jun 25, 2009

Pas lebih utamakan kepentingan politik berbanding nasib Melayu

PENOLAKAN Pakatan Rakyat terhadap idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang memang sudah dijangka. Amat jelas sekali Pas bukan saja tunduk kepada desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, malah dilihat tidak berani membuat keputusan sendiri hingga terpaksa mengalah dengan tekanan hebat dua rakannya itu.

Umum mengetahui pakatan itu ibarat 'kahwin paksa' dalam usaha menumbangkan BN pada pilihan raya umum lalu dan disebabkan prinsip serta pendekatan yang sering berbeza-beza, kerjasama di antara mereka ada kalanya kelihatan goyah. Sepatutnya, Pas membincang terlebih dulu dan memperhalusi cadangan berkenaan pada peringkat pemimpin tertinggi parti bagi mendapat maklum balas dan kemudian mengambil pendirian sebelum mengadakan pertemuan pada peringkat tertinggi dengan pemimpin PKR dan DAP.

Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Hadi yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang mereka sifatkan sebagai suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka, boleh dianggap sebagai tergesa-gesa. Mereka melihat idea itu sebagai tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat, sedangkan idea itu datangnya daripada pemimpin mereka sendiri. Pas sewajarnya mempunyai pendirian tersendiri untuk berbincang dengan Umno kerana parti itu mempunyai kekuatan dengan memiliki 23 kerusi di Parlimen serta menerajui Kelantan dan Kedah.


Apapun, kerjasama Umno-Pas sebenarnya bukan perkara baru. Oleh itu, tidak hairanlah jika pemimpin Umno sebelum ini menerima cadangan kerajaan perpaduan itu dengan tangan terbuka kerana hal perpaduan bukan hanya menguntungkan orang Melayu, tetapi juga memberi manfaat kepada seluruh rakyat negara ini.

Malah, perubahan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mula memberikan reaksi positif, membuka ruang kerjasama lebih mantap. Keterbukaan sikap seperti itulah juga yang membuka ruang kerjasama Pas dan Umno pada 1970. Pada era kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, kerjasama Umno dan Pas tercapai atas keperluan perpaduan nasional dan keselamatan negara, terutama selepas berlaku tragedi 13 Mei 1969. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri secara peribadi pastinya mahu mengulangi kejayaan ayahandanya itu yang berjaya merapatkan Pas dan Umno ketika menjadi Perdana Menteri.

Pada era Pas diterajui Allahyarham Fadzil Nor, muzakarah antara kedua-dua parti itu pernah diadakan. Kita berpendapat, pemimpin Umno dan Pas masih boleh berbincang soal perpaduan. Berdebatlah di meja rundingan dan jika semuanya berjalan lancar, baru diumumkan atau diberitahu kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat atau BN.

Jika suatu hari ini perpaduan seperti yang diharapkan itu menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya Najib dan Abdul Hadi akan dikenang sebagai penyelamat bangsa Melayu dan Islam. Buat masa ini, pemimpin dan penyokong Umno serta Pas harus merenung sejenak bagaimana nasib orang mereka selepas Pilihan Raya Umum Mac tahun lalu dan bagaimana ada pihak yang begitu berani memperlekehkan umat Islam dan institusi raja Melayu. Ketepikan soal politik buat sejenak dan bersama-sama merenungkan masa depan, tanpa terlalu memikirkan siapa boleh berkuasa atau menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

4 ulasan:

bungaraya berkata...

Walaupun demikian, Pas akan mula bertindak secara tegas dan berpandu dengan AlQuran dan Hadith Nabi, bilamana DSAI didapati bersalah kerana meliwat Saiful, Oleh Mahkamah pada 7hb Julai 09 akan datang ini.
Sepatutnya Pas dari sekarang telah menyedarinya. Disamping mempunyai rakan peliwat ( DSAI ) itu, Pas juga boleh nampak dengan jelas, bahawa selama ini ia hanya dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk kemenangan mereka di Selangor dan Perak. Di Kedah dan Kelantan, Pas boleh menang sendiri tanpa pertolongan kedua parti tersebut. Di Pulau Pinang, DAP boleh menang sendiri tanpa bantuan PKR maupun Pas. Tetapi di Selangor, PKR tidak dapat memerintah jika tidak dengan sokongan Pas dan DAP.

Tanpa Nama berkata...

So what??? melayu UMNO NO NO NO ok!
Melayukan takan hilang didunia apa nak cuak berader...

tgk melayu singapura kan tak hilang tu..weh aku dah benci dengan nama melayu tu kita pun tahu maksudnya layu..kita menamakan bangsa kita layu, aduhai tukar la nama ke mewaja ke, mepekasa ke, mehandal ke, ini melayu, weh lama2 bangsa kita ni layu dol, jangan salah kan aku pasal tak hargai bangsa aku tapi kadang2 kita kene desak baru nak bergerak kalau tak melayu la namanya hahahahahahaa...cheer!

-Melayu bukan UMNO-

mrcharm berkata...

Alhamdulillah, itulah jawapan atau kata-kata yang paling tepat untuk Nik Aziz. Berundurlah wahai orang yang bergelar Tuan Guru, kerana disebabkan ANDAlah Umat Islam makin parah berpecah. Ada kalangan pengikut ANDA yang telah sedar dan mahukan Ukhwah Islamiah itu diutamakan demi perpaduan Islam dan Melayu segawat, ANDA tentang dan sanggup mengherdik dan menyuruhnya meletakkan jawatan, semata-mata tidak mengikut kehendak nafsu dan ideologi politik ANDA yang dah jumud. Jangan hanya pandai nak nelaungkan Kecintaan terhadap Islam tetapi bahasa dan tingkah laku tidak langsung melambangkan Keperibadian Islam yang Hakiki. Islam bukan hanya bentuk berpakaian, tetapi meliputi kesemua prinsip kehidupan yang dituntut oleh ALLAH SWT. Keriaqkan ANDA makin terserlah, dan menunjukkan bahawa ANDA dan Parti PAS sahaja yang Islam. Masya Allah, masih ada juga orang yang bertaraf Tuan Guru, maish menunjukkan ketakabburannya sambil menyisihkan apa yang sepatutnya beliau tunjukkan sebagai Tuan Guru yang berhemah. Ini lah ujian besar ALLAH yang diturunkan kepada hambanya untuk memberikan peringatan dan masih ada ruang untuk balik kepangkal jalan dan berbaik sangka terhadap makhluk seAgamanya, kerana makhluk seAgamannya adalah lebih mulia dari orang Kafir laknatullah yang telah terang-terang menyekutuan ALLAH. Sedar, Insaf dan musabahah lah diri, bak kat Tan Sri Mufti Perak, jika insan ini masih melakukan perkara-perkara yang dikeji oleh ALLAH, maka kita perlu renungi sedalam-dalamnya perbuatan Solat kita, mungkin ada yang masih cacat, kerana jika Solatnya Beres, sudah pasti pergaulannya dan keperibadiannya molek dan terjaga, kerana Solatlah yang mencegah segala perbuatan Mungkar. Pesan Tan Sri Mufti renung-renungkan lah. Saya amat berterima kasih kepada Tan Sri Mufti dalam Tazkirahnya malam tadi ia amat-amat menyentuh perassan dan memberikan setitis air mata keinsafan dari manusia yang amat kerdil ini terhadap Kebesaran ALLAH SWT. Amin.

mrcharm berkata...

Wahai Anonymous, yang asyik tunjuk kehebatannya!.
Sepatutnya didalam Islam itu ada sifat Kemaafan, barang yang lepas sudah menjadi sejarah, adakah ANDA masih mahu membuka lipatan benda yang dah menjadi lipatan sejarah!. Biarlah perkara permohonan maaf itu, dilakukan oleh Insan2 yang ANDA sebutkan itu, sebab itu adalah hutang yang perlu mereka bayar atau perjelaskan sebelum kita semua balik ke Alam barzakh!. Yang saya nak mengesyorkan ini, adalah betapa pentingnya kesinambungan Kepimpinan Melayu Islam di bumi Allah yang bertuah ini. Generasi yang dah berlalu itu, biarkan, ini kita yang ada sekarang adalah bertanggungjawab kepada anak-anak cucu kita dimasa hadapan untuk mewariskan Kepimpinan Melayu Islam wajib diteruskan dan kekal mewarisinya. Jika ini yang kita sama-sama harapkan maka Kepimpinan Melayu yang ada ini, samada dari UMNO, PAS dan Keadilan, wajib meletakkan ideologi politik kepertian ini ketepi dulu. Bermuafakat lah dan pimpinlahlah Negara Malaysia ini sebaik mungkin, kerana jika suara orang2 Islam kuat di Parlimen, Kedaulatan Islam & Rajanya tetap terjamin dan jika mahukan Perundangan Islam di daulatkan dan menguasai setiap Perundangan Negara seperti di Zaman Rasullah SAW, perkara utama yang perlu/wajib dilakukan lah Pemimpin2 Melayu wajib bersepakat. Kekuatan Umat Melayu Islam adalah melalui Permuafakatan yang Hakiki. Cuba renungkan bangsa Cina, walaupun mereka berlainan fahaman ideologi politiknya, namun semasa pemilihan mereka amat-amat bersatu dan diterjemahkan di PRU 13. Butakah ANDA terhadap semua ini. Ayuh, nyahkan perasaan takabbur, bangga diri dan sifat Ke Akuan, yakni aku sahaja yang betul, kerana sifat inilah yang menghancurkanUmat.
Jadi Anonymous, berhati-hatilah bila nak menulis dan bercakap, jangan cetekkan fikiran dan tidak mahu melihat sejarah! Sejarah banyak membuktikan kepada kita bagaimana hancurnya sesuatu bangsa itu bila berpecah. waima, semasa peperangan Uhud, oleh kerana ingkar akan pesanan Rasullulah, akibatnya ramai pejuang Islam yang terkorban dan Rasullah juga mendapat luka-luka demi mempertahankan Agamanya. Satu lagi dasar pecah & perintah yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Mereka berjaya, walaupun pada mulanya Kerajaan Islam itu kuat, contoh di Iraq, rakyat Iraq sekarang lebih menderita dari Zaman Saddam. Sekarang di Iran pula, saya bangga Iran kuat dan boleh menjadi pelindung kepada Negara Islam lain, tapi sekarang musuh2 Islam telah masuk menyusup pada Golongan Pelajar dan Universiti, dan dengan jelas Amerika campurtangan, apa akan jadi jika Iran pun hancur? Yahudi Israel lah yang akan bermaharaja lela, kerana tiada lagi negara islam yang kuat, kerana yang lain telah dicucuk hidung dengan jerat EKONOMI. Buka lah minda dan baca lah sejarah wahai bangsa SeIslamku, jangan bercakaran, dan yang pandai Agama jangan jadikan ia batu loncatan untuk Kehadapan, kerana yang terpenting adalah Genarasi Kepimpinan Melayu Islam di bumi bertuah ini wajib dijagai bersama. Wassalam.
Ikhlas dr Azhari Hj Abu, Tim YDP, Kesatuan Anak Anak Muda Islam Perak.

Kongsi Link Anda