Rabu, Oktober 21, 2009

Ramai anggota Makkal Sakti dari Kelab PAS?

Ini yang ditulis dalam Harakah, akhbar PAS, bukan andaian saya.

"Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

"Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.

"Menurut satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini."

Baca laporan penuh Harakah di sini.

Wow, jika betul, parah parti Islamist ini. Dulu depa syiok ramai orang India jadi member Kelab Penyokong PAS, dicanang satu kota.

Apa dah jadi? Begitulah jika kumpulan itu dan ini masuk ke dalam sesebuah jemaah kerana ada kepentingan.

Bila ada pihak lain memberi tawaran lebih baik untuk menyelesaikan masalah mereka, tentunya mereka lari. Tidak boleh disalahkan kaum India jika perkara ini betul. Cuma ianya jauh bezanya dengan perjuangan politik yang beteraskan ideologi dan kepercayaan penuh dengan pemimpin. Jika betul, maka ini peluang Umno dan PM Najib untuk menunjukkan bahawa kerajaan boleh membantu. Jika tidak, mereka mungkin lari keluar balik.

Untuk PAS pula, masanya dah tiba untuk memberi mereka gambaran lebih jelas apa yang mereka dapat untuk terus kekal dalam PAS.

Memang betul menubuhkan sayap penuh dalam PAS untuk non-Muslim satu jalan keluar. Tetapi saya rasa parti ini juga kena tunjukkan apa lagi manfaat untuk terus menyokong PAS dan pembangkang.

Kerajaan Najib boleh hulurkan dana bantuan pelajaran dan perumahan, misalnya, dan sudah tentu boleh kurangkan red tape jika masyarakat India ada masalah. PAS boleh tawarkan apa?
Nak mainkan lagu 'Umno corrupt', 'BN menyeleweng' memang sedap. tetapi itu lagu lama, dah tak laku sangat.

Dan jika kita perhati isu penyiasatan MACC di Perak, Penang dan Selangor (walaupun dikatakan berbaur masuk campur Umno) ada nampak macam orang Pakatan ni pun dah mula nak berjinak dengan penyelewengan.

Sumber : OPED

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..TU BELUM LAGI KELAB PENYOKONG PAS BERBANGSA CINA LAGI. DIORANG NI MASUK PAS BUKAN ADE SEBAB PUN. SAJE NAK BUAT GEMPAK WAKTU PILIHANRAYA JE.

SEDANGKAN MSLH AHLI DLM PAS PUN TAK TERLAYAN, INIKAN PULAK NAK SELESAIKAN MSLH KAUM LAIN?

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh Pas ambik ahli Hindu. Berlaga la.. Pas bela Jin2 Islam, Hindu kan asyik dok panggil Setan jer. Tu yang tak melekat.

Tak tau la pulak Tok guru sesat dia si Nik Ajis boleh jadi orang tengah bagi berbaik Jin & Setan..

Din

Kongsi Link Anda