Rabu, Oktober 21, 2009

Malaysia tempat ke-11 destinasi pelancongan dunia



PULAU PINANG 20 Okt. - Malaysia menduduki tempat ke-11 sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia dengan 17.4 juta pelancong dalam tempoh Januari hingga September lalu mengikut senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO).

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, kedudukan tersebut iaitu satu tangga di bawah Mexico yang banyak menerima kunjungan pelancong Amerika Syarikat (AS), adalah sesuatu yang perlu dipertahan dan dipertingkatkan.

Menurutnya, jumlah pelancong juga meningkat 6.6 peratus berbanding tempoh sama pada 2008 yang mencatat ketibaan 16.3 juta kemasukan pelancong.

Yen Yen berkata, kemasukan pelancong dari negara Asia Tengah seperti Ukraine, Khyrgistan dan Rusia mencatat peningkatan ketara selain kemasukan memberangsangkan dari China, Asia Barat, Australia dan Eropah.

Menurutnya, penerbangan langsung dari Asia Tengah mulai tahun depan dijangka merancakkan lagi kemasukan pelancong dari rantau itu.

Sumber : Utusan Malaysia

2 ulasan:

Che Leh Jangok berkata...

Ini kerana Malaysia masih lagi dipandang sebagai sebuah negara yang aman dan makmor. Demonstrasi berulangan dan kegelisahan rakyat yang sengaja diada adakan akan menurunkan keyakinan orang untuk melawat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Kita harus bersykur dan juga berbangga kerana mendapat no 11 di dunia.Bayangkan ada lebeh 220 negara didunia dan kita berada di tahap no 11..kalau kita renungkan negara ini semasa baru2 merdeka berapa kerat sahaja pelancong yang datang, tetapi sekarang berkat kemakmuran dan juga keadaan ekonomi dan tafar hidup yang aman damai dinegara ini sekarang kita berada di tempat yang ternama..kesatibilan politik yang diasakan olih UMNO dan juga rakan rakan BN telah membuat negara kita aman dan stabil adalah juga faktor utama

Kongsi Link Anda