Popular Today

Isnin, Januari 18, 2010

Bila PAS nak umumkan pembocor rahsia Kerajaan Negeri?


Nik Aziz dah cakap, Takiyudin pun dah cakap, jadi apa lagi hamPAS ni tunggu... bukannya susah sangat nak tahu yang bocor rahsia. Siapa yang pecahkan rahsia mestilah yang terlibat dengan mesyuarat tersebut.

Ianya mengenai pendedahan Syed Azidiyang mendakwa, projek tersebut, yang merupakan usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn Bhd, dikatakan rugi kira-kira RM50 juta.

Semalam Takiyuddin Hassan meminta Nik Aziz menyiasat kebocoran maklumat itu, kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Hari ini sorang lagi Exco Kelantan, Husam Musa menyokong saranan supaya kebocoran maklumat mesyuarat exco negeri, berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru disiasat bagi mengelakkan ada mana-mana pihak "menjadi mangsa permainan". (baca di sini)

Husam di blognya itu turut membayangkan maklumat yang didedahkan Syed Azidi bukanlah rahsia kerana perbincangan projek tersebut melibatkan banyak pihak.

"Pertama, ia dibincang oleh jawatankuasa (yang dibentuk kerajaan negeri). Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu.

"(Oleh) kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Wakil PMBK juga mungkin hadir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK," tulisnya lagi.

Jadi apalah tunggu lagi,, bukan sahaja rakyat kelantan tetapi seluruh dunia nak tahu siapa yang bocorkan rahsia kerajaan PAS Kelantan ni... Kenapa Dewan Pemuda PAS tak buat laporan polis kerana kebocoran rahsia ni.. sebab kroni ni.. kalau UMNO buat pastinya dah lama mereka buat memorandum dan laporan polis. Ini Pemuda PAS senyap seribu bahasa..

Kepada PAS Piiiirah!!! ruduh UMNO kroni tapi mereka pun amalkan kroni... siapa yang bakal jadi kambing hitam agaknya.

3 ulasan:

Cheguman berkata...

salam tuan. Saya mengesan virus dlm blog ini. Bimbang jadi macam blog Kumbang.

McTheory berkata...

Salam ziarah. .

Biarkan Pas kelantan kelam kabut. . n.ajis bersama husam tengelam bersama-sama.

Aspirasi berkata...

terima kasih Cheguman, selain tuan ada kawan yang lain memberitahu, ada apa cadangan untuk memebersihakan virus ini, sebab anti virus saya x dapat kesan.. tq

Kongsi Link Anda