Popular Today

Ahad, Januari 17, 2010

Laporan Polis kerana PAS Kelantan balun RM 50 juta


Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri berhubung tindakan pembelian balik tingkat bawah Bazar Tok Guru yang sedang dalam pembinaan.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Kota Bharu di sini melalui Ketua Penerangannya, Che Othman Che Ismail bertujuan meminta polis melakukan siasatan jika berlaku penyelewengan dalam urusan itu.

"Laporan ini dibuat susulan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengaku kerajaan negeri telah melakukan kesilapan dalam pembinaan bazar itu seperti yang dilaporkan media.

"Kami mahu siasatan dibuat mengenai perjanjian yang dibuat oleh kerajaan negeri dengan syarikat pembinaan itu sehingga menyebabkan kerugian bernilai puluhan juta ringgit," katanya ketika ditemui bersama beberapa ahli Pemuda di sini. – Utusan

1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro,

Bagi PAS tidak mengapa, itu bukan rugi namanya..... cuma menghabiskan duit..... rakyat Kelantan tak pe hisup susah sebab Pok Nik dah janji syurga.....

Kongsi Link Anda