Popular Today

Khamis, Januari 28, 2010

Tunku Ismail dimasyhur sebagai Tunku Mahkota Johor

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar,
Sultan Johor


Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Mahkota Johor


JOHOR BAHRU 28 Jan. – Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim hari ini dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor.

Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Besar, di sini, pada pukul 3.20 petang.

"Setelah diisytiharkan sebagai sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor,” isytihar baginda.

Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenan dilantik sebagai waris takhta diraja Johor.
- Bernama

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda