Popular Today

Selasa, Februari 09, 2010

Selamat tinggal, PAS bakal tinggalkan PKR

Perkembangan politik baru-baru ini sangat merisaukan PKR. Apatah lagi dalam keadaan ANUwar sibuk di dalam kamar perbicaraan kes liwatnya. Timbul pula isu muzakarah antara PAS dengan UMNO yang disebut sendiri oleh Nik Aziz dan Hj Hadi.

Pendirian Nik Aziz yang begitu keras terhadap UMNO sewaktu masa dahulu dan kini mula berlembut menimbulkan pelbagai spekulasi dan kebimbangan. [rujuk sini]

Mengulas perkara tersebut, Zulkifli Nordin mengatakan "Bagaimanapun saya agak hairan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bernada sama iaitu Pas sudah sedia berbincang dan bekerjasama dengan UMNO.

"Kehairanan saya adalah kerana kedua-duanya sebelum ini begitu keras (menentang) sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO, duduk sembang pun tak mahu. Malahan Tok Guru sampai doakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pecah perut," katanya.

Zulkifli mengakui bahawa nampak semacam perubahan sikap dalam pimpinan Pas. Apakah mereka menjangkakan sesuatu akan berlaku kepada Anwar, maka mereka mencari insurans sekarang ini?

"Atau apakah mereka sudah hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang, atau apakah kedua-dua tokoh yang sangat saya hormati ini sudah mula mengorak langkah kepada mencetus gelombang ukhuwah Islamiah di negara ini? Moga niat baik mereka diberi keberkatan oleh Allah,"

Jika berlaku untuk Islam ianya amatlah baik.. pastinya semua rakyat malaysia bersetuju..

Namun pasti juga terdapat pihak yang tidak bersetuju khasnya yang mereka pro DAP dan pakatan lebih dari pro Islam...

Adakah tindakan PAS ini dilihat sebagai usaha mereka untuk menyelamatkan politik mereka di peringkat arus perdana.. Pakatan Rakyat tanpa ANuwar Ibrahim merka bukanlah sesiapa.. PAS dan DAP tidak mungkin bersatu.

1 ulasan:

ISAC berkata...

Melayu/Bumiputera/Islam perlu bersatu!!!!!

Sebagai kaum majoriti, kestabilan kaum ini adalah asas yang kukuh buat negara

Kongsi Link Anda