Selasa, Mac 23, 2010

Cubaan lagakan Hisham dan Musa gagal!!!

Bila dengar berita tentang Hishamudin dan Musa, hanya senyuman sahaj yang terukir kerana terfikir ini mesti ada pihak yang sahaja mahu lagakan polis dan menteri... Pihak mana? tak kiralah siapa yang timbulkan dan mainkan .. tentunya ini usaha terdesak pembangkang...

Mana tidaknya, dalam dua tiga hari ini, suka betul media pro Pakatan Aljuburi tentang berita Musa Hassan yang mendakwa ada pihak ketiga yang mengganggu polis.

Maka selepas itu tersebarlah berita umpama pihak ketiga yang dimaksudkan oleh Musa ialah Hishamudian iaitu menteri Keselamatan dalam Negeri.. jadi banyaklah cerita mengambarkan bahawa Hisham dan Musa nampak berselisih.

Berita ini timbul apabila pengesahan Hishamudin mengenai rombakan kepimpinan pasukan Polis. Selepas itu timbullah pelbagai berita yang mengeruhkan keadaan antara polis dan Hishamuddin.

Namun Musa dan hisham nafikan bersama hubungan antara mereka keruh.. Bahkan Hisham minta pihak polis buat siasatan dan tindakan yang sepatutnya jika ada pihak lkura yang terlibat.

Musa pula dengan jelas berkata "Apabila pihak media jumpa saya dan bertanya mengenainya, saya jawab ia bukan daripada sumber rasmi. Jadi, jika tidak daripada sumber rasmi, maka ianya tidak betul. Saya beranggapan bahawa jika perkara ini boleh dijadikan bahan spekulasi dan ianya datang dari sumber bawah tanah, maka pasukan polis akan jadi kelam kabut. "Maka, saya memetik Seksyen 4 Akta Polis, bahawa pentadbiran polis adalah di bawah kuasa dan kawalan Ketua Polis Negara dan juga pegawai-pegawainya... "Jadi, janganlah ada pihak ketiga yang cuba membuat spekulasi mengenai perkara ini. Itu yang saya jelaskan,".

Rasanya dah cukup jelas apa yang Musa mahu sampaikan.. pertama menafikan bahawa pihak itu adalah Hishamudin kerana beliau adalah sebahagian 'sumber rasmi' yang boleh memberi arahan kepada polis..

Kemudian dia juga memberitahu bahawa tiada apa masalah antara beliau dan menteri.... jadi usaha pembangkang nak lagakan pihak polis dan menteri adalah gagal!!!

Cuma baguslah dan syabas kepada KPN kerana berani berterus terang mengenai pihak ketiga tu... sekurang-kurangnya usaha mereka untuk meresap dalam polis dah diketahui dan menghentikan tindakan tersebut.. cuma kalau dapat jelaskan siapa dia lagi bagus!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalaui betol pasal ini kitatak baik nak laga2 kan orang macam kita laga kan ikan

Kongsi Link Anda