Jumaat, Ogos 06, 2010

Bila Pemaisuri Agong pun ditipu Pakatan Selangor


Nasi dah jadi bubur, program pun dah lepas.. ni Kerajaan PKR negeri Selangor nak cari alasan untuk melepaskan diri.

Bagaimana Pemaisuri Agong boleh pergi ke program kerajaan Negeri Selangor atas kapasiti jemputan Individu sedangkan ianya adalah dalam majlis rasmi. Inilah alasan yang diberikan kerajaan PKR Negeri Selangor.

Agaknya dah tersepit sangat kerajaan negeri Selngor ni sehingga Pemaisuri Agong pun nak ditemberangnya.. jadi cari alasan yang dangkal sahajalah, sedangkal otak MB selangor..

Istana Negara tegas menafikan [rujuk sini] bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.

Istana Negara mendapati mesyuarat persediaan menyambut keberangkatan Baginda ke majlis itu diadakan melibatkan pihak Istana Negara, penganjur serta jabatan dan agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar Tourism Selangor.

PKR guna taktik biasala, maklumlah dah terbiasa.. iaitu menipu dan cari salah pihak lain.. Siapa agaknya kerajaan PKR Selangor nak temberang lagi.. tak cukup ke Pemaaisuri Agung diperbodohkan dan dimalukan oleh mereka. Ni kiranya nak bodohkan rakyat lagi la..

Pada Isnin lalu, akhbar The Malay Mail telah mengeluarkan laporan bertajuk "Being Frank: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa. Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir. Ini sangat memalukan Pemaisuri Agong.

Majlis itu hanya dihadiri oleh kurang darpada 200 orang dalam Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam yang mempunyai kapasiti 5,000 penonton dan kegagalan kerajaan negeri memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kehadiran Baginda pada majlis itu.

"Istana negara juga menolak laporan yang menyatakan Baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan, pada hal sebenarnya pihak penganjur telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa Baginda tidak akan menyertai majlis santapan selepas konsert tersebut," kata kenyataan itu.

Dahlah tu, kemudian majlis santapan Kerajaan Negeri tak panggil, beginilah nasib Raja-Raja jika Pakatn Rakyat memerintah akan diperbodohkan sahaja.

Sangat memalukan, sepatutnya mereka yang terlibat ni patut letak jawatan..

Tapi yang penting, nak tengok perbelanjaan program tersebut.. kehadiran 200 orang, nak tengok dia 'klim' untuk 5,000 orang atau 200 orang.. Rasanya MACC perlu buat siasatan..

2 ulasan:

udanggalah berkata...

Kalau dah dasar belit tu belit juga,lepas ni bolehlah tuduh ianya konpirasi kerajaan BN dan macam-macam lagi...takan rakyat tak faham-faham kot siapa PR ni...

Tanpa Nama berkata...

Kepada org Melayu yg undi DAP dulu,

Adakah ini yg anda mahukan ?

Kongsi Link Anda