Popular Today

Ahad, September 26, 2010

Mesyuarat Cabang Kapar pula ditangguh

Walaupun dah 10 tahun PKR ditubuhkan, namun dilihat dengan cara pemilihan PKR macam tidak bersistem.

Terbaru di Kapar, Ianya ditangguhkan kerana kehadiran ahli yang terlalu ramai dan keraguan pada kertas mengundi.Lebih 3,000 ahli hadir untuk mengambil bahagian dalam pemilihan peringkat cabang dan pencalonan bagi pucuk pimpinan pusat [rujuk sini].
"Ada calon AMK yang nak bertanding, tapi namanya hilang dalam kertas undi.

"Manakala calon wanita yang tarik diri, namanya masih ada lagi kertas undi.

"Jadi, kita meragui kertas undi tersebut,"

"Ada kelemahan (dalam mengendalikan mesyuarat). Suasana tadi panas macam suasana pilihan raya," Kata Manikavasagam
Jadi sebenarnya macammana PKR ni buat kerja.. kelam kabut.. macam tak tahu nak buat kerja...

Ini pula maklumat terkini keadaan perang dalam pemilihan PKR [rujuk sini]

BAHAGIAN KLANG
Gaduh besar bila kumpulan gangster bertembung.gangster masuk campur dalam pemilihan pkr. kotak2 undi dibaling. dikabarkan pemilihan ini akan digantung

BAHAGIAN KAPAR
6 kumpulan betembung sama sendiri. melayu pkr lawan india pkr

BAHAGIAN KOTA RAJA
Dua kumpulan gangster xavier dan kottapan bertembung..sepatutnya keputusan sudah diketahui namun mengikut maklumat jam 1 pagi nanti baru keputusan diumumkan. xavier dipercayai tipu undi untuk menang ketua bahagian.

Jika PKR dan mempunyai sistem, masalah macam ini dapat diselesaikan... ini tidak, bila ada masalah kecil macam ni pun nak berhadapan tak reti...Ini baru uruakan Cabang dah kelam kabut... macam ne nak uruskan negara...

Hakikatnya PKR ni masih bermimpi lagi nak perintah negara.. nak urus parti sendiri pun masih kelam kabut lagi..

Kongsi Link Anda