Popular Today

Selasa, Oktober 05, 2010

Baru 2 tahun perintah, harga air dah naik

Syabas sekali lagi kepada rakyat Negeri kedah dan Pulau Pinang yang mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kerana membawa kenaikan harga air di negeri itu

Inilah negeri kebajikan yang hamPAS war-warkan kenaikan harga air dan sterusnya harga barang..

Azizan tuduh kerajaan BN dahulu yang menyebabkan kerajaan hamPAS naikkan tarif air.. tuduhan tersebut sebenarnya tidak berkaitan langsung kerana kenaikan harga Air di bawah tanggungjawab dan kuasa kerajaan Negeri. Kerajaan pusat tiada kuasa untuk memaksa kerajaan negeri naikkan harga air.

Bukan setakat naikkan harga bahkan kenaikan tarif air di Kedah terlalu tinggi sehingga 27 peratus dan ia begitu membebankan rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang "Saya faham semua kos telah meningkat, tetapi kenaikan itu sangat tinggi. Jika dinaikkan 10 peratus sahaja sudah memadai untuk menampung semua kos yang dikenakan,"

Bahkan kerajaan hamPAS berbohong ketika menafikan semasa pengkorporatan syarikat itu awal tahun lalu untuk menaikkan tarif air, adalah sandiwara semata-mata.
"Sekiranya Pakatan Rakyat prihatin terhadap rakyat Kedah, dan ikhlas terhadap janji-janji dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, mereka harus mengambil langkah dengan serta-merta, sekurang-kurangnya menurunkan kenaikan tarif air daripada 27 peratus kepada 10 peratus," katanya.
Tan berkata, kerajaan negeri tidak boleh menaikkan tarif itu hanya kerana 17 tahun ia tidak dinaikkan iaitu sejak 1993, kerana mereka baru memerintah Kedah selama dua tahun.
"Mereka (kerajaan Negeri) tidak boleh mengambil kira semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Kedah. Itu hak kerajaan dahulu untuk tidak menaikkan tarif air kerana BN sangat prihatin dan tidak mahu rakyat terbeban," katanya.
Ini baru dua tahun hamPAS memerintah., dah naikkan harga air.. kalau 20 tahun perintah lingkuplah rakyat Kedah.. ingatkan kerajaan Pakatan ini hebat sangat untuk tangani masalah kenaikan haraga barang.. ya lah kalau dahulu merekalah yang asyik demonstrasi kanan dan kiri untuk menentang kenaikan harga barang [rujuk sini].. tapi kini mereka juga terpaksa menaikkan harga barangan.. kalau dahulu mereka jadikan BN sebagai modal kenaikan barang naik.. tapi sekarang menunjukkan mereka yang terpaksa menjilat ludah sendiri..

Ironinya bila kerajaan hamPAS dan Pakatan Rakyat sendiri naikkan harga Air pemimpin mereka membisu seribu bahasa.. hipokrit

3 ulasan:

Alor Setaq berkata...

Bukan soal siapa memerintah sebenarnya..Apa yg penting ialah rakyat mahukan air yg bersih dan berkualiti..

Jika bayar murah tapi air teruk buat apa? Idealnya, air bagus dan tarif pun bagus..Tapi, realitinya hari ini sistem dan mekanisme yg ada blm mampu utk memberikan tarif air yg rendah.

Jadi, demi kepentingan rakyat, kos perlu ditingkatkan dan saya yakin jika keadaan ekonomi fiskal kerajaan ok, tarif akan dikurangkan semula..

Ramlan berkata...

Di Kedah dan Penang, bila tarif dinaikkan sebab mahu memberi air yg berkualiti kpd rakyat.

Di Selangor, bila Syabas mahu tingkatkan tarif disebabkan perjanjian yang telah ditandatangani dan mahu menampung kos yg semakin tinggi, Kerajaan Negeri tolak.

Depa kata mahu bela rakyat. Then, depa kata rakyat terseksa dgn kualiti air yg teruk.

Bila Syabas nak naikkan tarif utk baiki dan selenggara depa tak bagi pulak..

Apa punya Khalid dah?

aspirasi bangsa berkata...

Khalid tu dah memang boneka DAP... tujuannya adalah untuk sabotaj Syabas supaya gagal memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.. jadi rakyat selangor terus menerus dibohong oleh Khalid Gagap....

Kongsi Link Anda