Isnin, Oktober 11, 2010

PAS tak perlukan Galas

Nak buat apa PAS nak kerusi DUN Galas lagi.. kata KuLi.. PAS kan dah cukup dua pertiga jumlah kerusi [klik sini]..

Inilah masanya PAS nak memuliakan KuLi.. sebagai bekas ahli Parlimen dan bekas Menteri..beri kemenangan percuma kepada UMNO... mesej yang mudah, simple tapi menusuk kalbu pemimpin PAS... pastinya ianya akan menimbulkan emosi geram dan marah tak terkata oleh pemimpin PAS.
Katanya, parti itu sepatutnya tidak perlu bersusah-payah kerana telah memiliki majoriti dua pertiga dalam DUN.


“Menang atau kalah tidak memberi perbezaan kepada PAS. Mereka sepatutnya beri kita kerusi itu percuma," katanya
Memang betullah.. pelantikan KuLi sebenarnya tepat masanya.. dan penerimaan KuLi membuktikan beliau ahli UMNO yang setia... bukanlah mudah untuk mempengaruhi beliau sebagai orang lama dalam politik.

PAS perlu ingat.. PAS dapat tawan Kelantan hanya bersama dengan KuLi ketikan tahun 1990.. iaitu KuLi dalam 46.. adakah KuLi juga bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan PAS.. itu sesuatu yang boleh diperbincangkan..

PAS pastinya sedang tertekan sekarang berhadapan dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang telah memgang jawatan tersebut selama lebih 50 tahun.. tentunya ianya ada signifikan yang  tertentu kepada pengundi Gua Musang amnya dan Galas khasnya.

1 ulasan:

kobEj0rdan~ berkata...

hanya satu sahaja pertanyaan saya:)
kepada mereka2 yang terlaku agungkan MELAYU :
pilih antara dua yang mana lebih baik:

1) menjadi MELAYU tanpa ISLAM : istimewa di malaysia,hina di mata Allah

2) ISLAM tapi bukan MELAYU : hidup mungkin sukar dimalaysia, tp insyaALLAH bahagia di Akhirat Kelak


p/s : tak ada apa nak di bangga dgn bangsa, tp berbanggalah dengan ISLAM. ISLAM memajukan melayu dan bukan sebaliknya:) rela sukar didunia dari sukar di akhirat kelak:D

p/s : malu nak mengaku hidup di negara islam bila pemimpin2 utama gagal mendidik isteri menutup aurat.perkara termudah saya rasa dalam ajaran islam:)

Kongsi Link Anda