Popular Today

Rabu, November 03, 2010

Bukti PAS mempermainkan hukum Allah


KUALA LANGAT 2 Nov. – Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.
Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.
Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.
baca seterusnya di sini 
Inilah sebenarnya perangai PAS yang mempergunakan agama untuk agenda politik sempit mereka, bukan sekali tetapi berkali-kali PAS mempergunakan agama, menjual ayat Allah dan menghina hukum Allah..

Siapa dia Muhamad Zain untuk mengeluarkan hukum.. apakah nas dan dalil yang digunakan... Apakah Kawaid Fiqhiah yang digunakan..

Adakah patut demi DAP dan PKR, PAS mempermainkan hukum Allah.. siapa DAP dan PKR dari kacamata Islam.. apakah dasar parti tersebut.. di manakah letaknya Islam di dalam parti tersebut... tak de..

Siapa Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Karpal Singh, Tony Pua, Elizabeth Wong, Tian Chua.. sehingga PAS sanggup gunakan Islam untuk mempertahankan mereka ini...

Kepada pemimpin PAS yang suka mempergunakan Ayat Allah wajar bertaubat..

Islam ialah agama dan bukanlah parti politik.. Apatah lagi parti politik yang telah terpesong dari perjuangan Islam bersekongkol dengan kafir harbi untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahai PAS oh PAS....
Macamana pula mereka2 yg bekerja dgn kerajaan(BN) mendapat gaji dan kemudahan tetapi menyokong Pakatan Pembangkang. Pastinya HARAM klau ikut fatwa PAS harami tu....
Apalah nak jadi dgn mereka yg mengaku beragama islam tp menyelewengkan ilmu dgn begitu meluas sekali....tidak kah takut dgn balasan Allah Ta'ala atas pemesongan akidah sesama umat?
Subha'nallah disimpangkan malaikat...

Kongsi Link Anda