Allahyarham Sulaiman meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur awal pagi semalam selepas berada dalam keadaan kritikal selama 24 hari akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.
Allahyarham yang berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pukul 1.10 pagi.
Isterinya, Datin Noraini Yaakop dan kesemua tujuh anaknya berada di sisi semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.
Allahyarham Sulaiman yang juga Ketua UMNO Bahagian Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri pada 24 November lalu.
Keadaan beliau dilaporkan kritikal pukul 12.45 tengah malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Van yang membawa jenazah Allahyarham dari ibu negara tiba rumahnya di Labis Park, di sini pukul 8 pagi.
Sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Merah, di sini pukul 12 tengah hari ini, jenazah Allahyarham disembahyangkan sebanyak dua kali iaitu di rumahnya dan di Masjid Labis.
Semoga roh Allahyarham berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Berikut adalah suasana di perkarangan rumah Allahyarham Datuk Sulaiman Taha
1 ulasan:
Slogan MALAYSIA BOLEH sudah berjaya menambat hati rakyat Malaysia...
JOM KEMPEN SLOGAN
"PEMBOHONG MACAM ANWAR IBRAHIM"
DI PRK TENANG
Jadikan slogan ini hingga jadi sebutan rakyat Malaysia...
Catat Ulasan