Isnin, Disember 13, 2010

Wikileaks : Doa orang yang dizalimi dimakbulkan

Tidak kira kebetulan atau memang doa Saiful Bukhari Azlan termakbul... itu kuasa Allah Taala sahaja yang Maha mengetahui.

Kita maklum bahawa sebelum ini, Saiful telah pergei ke Mekah pada musim haji baru-baru ini..

Beliau baru pulang daripada menunaikan ibadah haji beberapa hari lalu. Dibawah adalah sebahagian coretan Saiful Bukhari Azlan ketika beliau di sana [sini].
Menulis dalam blognya, Saiful menggunakan kesempatan dan peluang di Tanah Suci dengan secukup-cukupnya untuk beribadah dan berdoa kepada Allah SWT.

Antara tempat-tempat mustajab beliau berpeluang untuk berdoa; Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi.

Tulis Saiful, antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk Istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta.

Beliau juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!

“Sudah dua tahun setengah saya menanti agar Kebenaran dan Keadilan dapat ditegakkan. Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan.

Banyak hikmah di sebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah di sebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Saya tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat saya mohon dan mengadu. Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya.
Justru itu meneliti laporan Wikileaks yang disiarkan oleh The Sydney Morning Herald dan The Sun-Herald , pasti ada yang terfikir adakah doa-doa Saiful sudah termakbul..

Ini doa orang yang dizalimi.. Allah Taala menjanjikan untuk memakbulkan doa orang-orang yang dizalimi.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu dan lihat apa kesudahanya hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui

Wake UP! berkata...

Sesiapa yang pernah maki TDM kerana percayakan peliwat baik pegi minta maaf dengan TDM.

Juga minta maaf dengan Allah sebab bodoh sokong peliwat.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Tahniah saiful. baguslah semoga lepas ini cari mana2 pusat pengajian (pondok) dan jadilah umat Islam yg baik. Tinggalkan cara hidup lama. Jangan lagi berkesedudukan dengan bukan mahram. Semoga dapat haji mabrur. Antara anda dan tuhan, tahniah nenek yg menaja pemergian cucumu ke tanah suci. Amin..

BigDogDotCom berkata...

Allah s.w.t. Maha mengetahui dan berkuasa.

Terbukti Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan KPN Tun Mohamed Hanif Omar, Tan Sri Abdul Rahim Noor, Mantan AG Allahyarham Tan Sri Mokhtar Abdullah & Tan Sri Abdul Gani Patail adalah benar semenjak tahun 1998 lagi.

Baiklah kita selesaikan kes Anwar "Mat King Leather" Ibrahim ini secepat mungkin. Lagi lama kita tunggu, nanti bala pun akan diturunkan pada kita semua.

Aspirasi berkata...

dOAkan yang terbaik untuk semua umat Islam..

Allah maha mengetahui

Kongsi Link Anda