Isnin, Januari 24, 2011

PRK Tenang : Panas!!! Normala tolak pilihan Keluarga

Oleh : KumanKumin


 Semua sedia maklum bahawa calon PAS di PRK DUN Tenang, Cikgu Mala sudah berkahwin dengan Makrof Abd Mutalib dan dikurniakan dengan tiga orang anak …

Tapi yang ramai orang tidak tahu adalah perkahwinan cikgu Mala dengan Makrof adalah bukan perkahwinan cikgu Mala yang pertama .. Itu yang kumankumin dengar dari sumber-sumber di Tenang ini …

Ini kerana sebelum berkahwin dengan Makrof, Cikgu Mala pernah melangsungkan perkahwinan pertamanya … Jeng Jeng Jeng … wahhh macam filem hindustan pulak cerita cikgu Mala ni ..
Perkahwinan pertama cikgu Mala dikhabarkan adalah perkahwinan dengan pilihan ibu bapa nya … kira cikgu Mala ni ikut cakap ibu bapa lah ye …

Tapi malangnya dikhabarkan juga perkahwinan tersebut hanya bertahan 2 hari sahaja … apa??? 2 hari?? wahhh macam cerita Britney Spears pun ada …

Rupa-rupanya cikgu Mala tidak bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya kerana beliau sudah ada pilihan hatinya sendiri … Kenapa cikgu Mala tak berterus terang sahaja dengan ibu bapa nya … Kenapa perlu berkahwin dan kemudian bercerai?? Adakah cikgu Mala derhaka terhadap ibubapanya dalam diam …

Nampaknya kalau dilihat daripada kisah silamnya, cikgu Mala nih mesti ‘nakal’ dizaman remajanya … orang macam ini ke yang layak dijadikan wakil rakyat??

Ini yang kumankumin dengar dari penduduk-penduduk Tenang … Kalau ada rakan-rakan nak tambah atau betulkan fakta, dialu-alukan … Pikir-pikirkan lah …

Kalau dengan pilihan keluarga sendiri Cikgu Mala boleh tolak apakan lagi.. permintaan rakyat!!!

Jangan sangka sungai yang tenang tiada buaya..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aiyaa.. itupun lu mau tulis ka?

Kongsi Link Anda