Semakin demam calon PAS... calon BN tak payah nak pakai baju warna merah... rupanya beliau ada asas bertutur bahasa mandarin.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim bukan sahaja mesra dan mudah didekati masyarakat, malah turut berbakat menyanyi lagu Mandarin.
Pada majlis jamuan mesra bersama Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini, Mohd Azahar membuat kejutan dengan menyanyikan lagu ‘Gong Xi Gong Xi’ di hadapan 1,200 hadirin terdiri daripada masyarakat Cina Labis.
Majlis itu diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Labis dan turut dihadiri beberapa pemimpin MCA, termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong.
Mohd Azahar yang dikenali sebagai ‘Tok Ai’ di kalangan penduduk tempatan, dijemput ke pentas utama seterusnya menyanyikan lagu tersebut dan mendapat tepukan gemuruh.
“Saya mula belajar lagu ini ketika darjah tiga atau empat semasa sekolah rendah. Cikgu saya mengajar saya dan saya memang suka belajar nyanyi lagu Mandarin,” katanya kepada selepas majlis itu.
Hadirin yang ditemui juga terkejut dengan kebolehan Mohd Azahar yang dapat menyanyikan lagu itu dengan baik, dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang berani mencuba.
Salah seorang tetamu, Teo Yun Seng, 34, menyifatkan Mohd Azahar sebagai seorang yang rajin belajar berdasarkan kebolehannya menyanyi lagu Mandarin itu.
“Saya rasa sebelum ini dia tidak tahu nyanyi lagu itu, tapi saya rasa dia telah belajar dan dia dapat nyanyi lagu itu dengan baik,” katanya.
Bagi Lee Sin Kang, 38, pula apa yang cuba dilakukan oleh Mohd Azahar adalah salah satu cara untuk menonjolkan semangat 1Malaysia.
Mohd Azahar dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lalu.
Beliau yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud, akan berhadapan dengan calon Pas, Normala Sudirman.
1 ulasan:
Dah kemaruk sangat untuk dapatkan undi cina sampai menyayi lagu cina terlalak-lalak! Dasar umno yahudi hipokrit!!!
Catat Ulasan