Sabtu, Mac 19, 2011

Khalid Gagap perkosa orang asli!!!

Besar betul nafsu si MB PKR Selangor ni... siapa lagi.. kalau bukan si Khalid Ibrahim... sebelum ini banyak tanah orang Melayu dah dirogol apatah lagi tanah hutan simpan di Banting untuk projek Pasir..

Kali ini dia rogol pulak tanah orang Asli... besar sungguh nafsu pemimpin PKR Selangor ni..
Ini kerana mereka kini didakwa sedang ‘memunggah’ hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927 [SINI]

Dekat depan media bukan main.. berlakon sikit punya baik.. konon nak pertahankan hak orang Asli.. tapi dibelakang.. nah!!! habis tanah adat orang Asli disapu bersih!!! Lihat sahaja di Selangor ni..

Tapi di Sarawak lain pula cerita.. konon nak pertahankan tanah adat bumiputra di Sarawak.. lihat sahaja di Selangor.. baru berkuasa sikit.. habis dibalun tanah orang Asli.. apaatah lagi kalau PKR dapat Sarawak.. licin tanah bumiputra Sarawak akan dibalun..

PKR sekarang bercita-cita besar nak jadi Ketua Menteri Sarawak.. sebab tu rakan sendiri dalan Pakatan.. SNAP pun ditikam dari belakang.... sedangkan SNAP ini adalah parti yang berasal dari Sarawak.. berbanding dengan PKR adalah parti pendatang!!!

Ini adalah bukti kerakusan dan nafsu pelahap pemimpin PKR..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda