Ahad, April 10, 2011

BN bagi minyak Primax 95 Xtra, murah dan berkualiti


Ianya mungkin Pteronas yang keluarkan tapi isnys juga adalah usaha kerajaan BN yang sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan standart rakyat Malaysia mahukan iaitu MURAH dan BERKUALITI

Menurut BERNAMA.  Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON95.

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri di Menara Berkembar Petronas sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu “All The Way”.

Bagaimanapun harganya sama dengan harga RON95.

Dipetik Bernama Online, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBD, Amir Hamzah Azizan berkata pelancaran Primax 95 Xtra menunjukkan kepentingan kajian dan penambahbaikan berterusan kepada rangkaian produk Primax.

“Kami juga percaya bahawa pertumbuhan tidak sahaja dalam bilangan stesen perkidmatan Petronas yang kami ada tetapi juga berteruskan meningkatkan kualiti minyak kami,” katanya dalam satu kenyataan.

BN - Bela Nusa,

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PETRONAS yang keluarkan bukan BN yang keluarkan. Lembu punya susu, sapi punya nama..boleh blah!!!

Kongsi Link Anda