Popular Today

Khamis, April 21, 2011

MB Kedah memang kaki penipu

MB Kedah ni kalau nak tipu biarlah berfakta.. hehehe.. nampaknya penipuan MB kedah terkantoi lagi.. inilah perangai pemimpin PAS yang sebenarnya.. mata duitan, kikis duit rakyat, tak pandai tdabir kerajaan, dan pandai temberang..

Rayuan Kali ke-6


Semalam UUM menyambut sahutan MB kedah dengan sekali lagi mengemukakan rayuan kepada kerajaan PAS Kedah, iaitu kali keenam bagi mendapatkan rebat cukai tanah yang dikenakan ke atas institusi itu.

Ini berikutan lima permohonan mereka sebelum ini yang dibuat sejak 2009 hingga tahun lalu tidak mendapat maklum balas yang baik daripada kerajaan negeri, termasuk selepas pertemuan Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 25 Julai tahun lalu.

Sintok lebih mahal dari gombak?

Katanya, UUM akan tetap membayar cukai itu jika tidak diberi rebat oleh kerajaan negeri kerana tidak mahu dikenakan tindakan, namun dalam masa sama mereka tidak akan jemu merayu bagi mendapatkan rebat berkenaan.

“Saya harap kerajaan negeri menerima rayuan kita kerana saya membandingkan nilai tanah di UUM ini jauh lebih rendah, berbanding nilai tanah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terletak di Gombak, Selangor, namun mereka hanya membayar RM300,000 setahun. Adakah nilai tanah di Sintok lebih tinggi berbanding Gombak.

“Di antara 2006 hingga 2008 kita hanya membayar RM100,000 setahun kepada kerajaan negeri dan mengapa hari ini tidak boleh sedangkan kita (UUM) masih di negeri sama dan yang berubah cuma kerajaan yang memerintah.

Kerajaan PAS kedah memang gagal urus air

“Kerajaan negeri juga bercakap soal prihatin kepada semua pihak di negeri ini dan saya berharap berasaskan itu janganlah hal ini diabaikan kerana ia membabitkan kepentingan dunia pendidikan dan masa depan pelajar," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Mohamed Mustafa juga meminta agar satu tindakan lebih berkesan diambil bagi menyelesaikan isu bekalan air di UUM yang berlarutan sejak lama.

“UUM boleh mohon supaya Kerajaan Pusat meningkatkan infrastruktur, namun jika bekalan air tidak cukup apa gunanya. Saya harap cari jalan penyelesaian sebaiknya dan tidak menyalahkan orang lain dalam hal ini.

Pegawai kerajaan negeri jangan makan gaji buta

“Saya juga berharap agar pegawai kerajaan negeri datang sendiri dan lihat situasi sebenar di sini. Jangan pandang dari jauh dan buat kesimpulan sendiri. Pada saya, isu ini bukan politik kerana yang penting bagi saya adalah UUM sebagai sebuah institusi pendidikan terkenal negara ini. Jika orang lain mahu mempolitikkannya, saya tiada kuasa menghalang,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negeri Berkebajikan tu. Hadiah kpd pengundi Kedah. Kerja ikut Islam katakan??

Kongsi Link Anda