Sabtu, November 12, 2011

Penarik Beca pula marah Guan ENg, PAS pula macam anjing suruhan..

Sebenarnya yag muka tak malu nak sujud pada Guan Eng hanyalah PAS dan pengikutnya sahaja..

Pas di Pulau Pinang hanyalah melukut ditepi gantang.. Dengan kata lain umpama pengemis di bawah pentadbiran Guan Eng..

Mana taknya, YB Pas di Pulau Pinang tidak ada satu pun jawatan dalam EXCO atau kerajaan negeri.. Adakah YB Pas sebenarnya memang tak layak nak jadi EXCO.. Itu pun mungkin juga.. YB Pas dari dahulupun memang takde standard..

Tapi apa yang pasti ialah PAS ialah anjing suruhan yang baik.. Bila suruh menyalak PAS akan menyalak.. Bila suruh diam PAS akan diam.. Hehehe itulah standard PAS di bawah kempimpinan Pakatan Rasis..

Berbalik pada isu DAPigs.. Sebenarnya ramai rakyat yang telah marah pada Pakatan Rasis.. Jika sebelum ini kumpulan belia bermotosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini, penarik beca pula berbuat demikian.

Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan itu.

Mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri.

Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang di sini yang menjadi tempat berkumpul golongan tersebut untuk menunggu pelanggan setiap hari.

Diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer.

Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu', mereka membawa pelbagai sepanduk bertuliskan perkataan antaranya, 'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir'.

Mereka turut melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'.

Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka.

Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca....

Begitulah nasib Melayu di Pulau Pinang.. Nak harapkan PAS perjuangkan nasib mereka.. Memang jauh sekali..

Pas ialah sebuah parti yang tidak boleh diharapkan oleh bangsa Melayu dan Umat Islam.. PAS ialah parti yang GAGAL!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS memang KADAM yang baik dan taat, dah lah x ada sebarang jawatan di P.P maknanya Dap anggap Pas ni mcm sampah je, nak membantu org melayu di sana pun x mampu sbb suara Pas ni x laku buat Dap.
Dap hanya perlu suara Pas utk menyalak demi kepentingan puak Dap je...

X tahu lah bila nak sedar puak Pas ni asyik menjadi hamba je pada Dap.

Kongsi Link Anda