Joli sakan nampaknya Kerajaan PKR SElangor... habis duit rakyat dijoli.
Banyak kepincangan PKR didedahkan. Semalam ketelusan kerajaan negeri dipertikaikan apbila membenarkan wakil parti berada dalam jawtankuasa tender..
Hari ini didedahkan pula skandal dalam PKNS.. Untung tak seberapa tapi gaji pengurus sampai cecah RM 1.4 juta bagi 2 tahun..
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.
Beliau berkata, pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.
Ini kerana, katanya, berdasarkan perangkaan 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000, manakala pada tahun 2010 (RM760,000).
Joli sakan nampaknya PKR Selamgor ni... Semalam juga katanya nak balun padang bola sepak di Kelana Jaya diganti dengan program mewah.. Mana yang dikatakan kebajikan untuk rakyat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan