Jumaat, Februari 10, 2012

Part 1 - Isu sebenar serangan di KFC : Cina menjerit Cibai Punya Melayu!!!

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
dan Selawat Salam Kepada Rasulullah saw dan keluarga baginda sekelian.


Pada jam 3.10 pagi ini Panglima berkesempatan menonton video menayangkan serangan pekerja KFC terhadap pelanggan Cina di i-City Shah Alam, yang dipercayai akibat membuat provokasi yang tidak boleh diterima oleh mereka.

Video serangan yang dimaksudkan :


Jika dilihat menerusi video jelas hanya dipaparkan ialah adegan pekerja tersebut menyerang pelanggan Cina yang marah apabila diberitahu ayam KFC telah habis. 

Perkara ini jelas membuatkan kita sukar meneliti dengan lebih dekat siapakah yang membuat provokasi tersebut.

Artikel ini dibuat untuk mengenal pasti siapa, dan apa yang menjadi punca pergaduhan tersebut dengan mengumpul bahan dari berbagai tempat dan menyorot dari pelbagai sudut. Demi memberi kupasan yang adil dan saksama kepada semua pihak tidak kira Melayu atau Cina.

Menurut laporan yang menyiarkan kes ini mereka menyatakan bahawa pelanggan Cina yang membuat provokasi bukan pekerja KFC.

Blog popular Malaysia bernama mynewshub yang menduduki ranking Alexa tangga 72 di Malaysia melaporkan :

Menurut individu yang memuat naik rakaman insiden tersebut, TheAMOTimes, pelanggan berbangsa Cina itu tidak dapat menahan sabar apabila terpaksa menunggu selama satu jam untuk mendapatkan ayam goreng KFC di restoran berkenaan.
“Bila sampai gilirannya, sudah tidak ada lagi ayam goreng (yang sedia untuk pelanggan) untuknya. Ia mencetuskan pergaduhan tersebut,” kata TheAMOTimes.
Seterusnya, pelanggan itu naik berang dan memaki hamun para pekerja serta pihak pengurusan restoran berkenaan sehingga menjengkelkan ramai pelanggan yang melihat perlakuan melampau lelaki Cina itu.
Menurut saksi yang turut berada di tempat kejadian Tempewarrior yang meninggalkan komennya di youtube itu berkata rakaman video tersebut seolah-olah di salahertikan oleh pemuat naiknya dan menegaskan bahawa pelanggan Cina itulah yang memulakan api pergaduhan tersebut.
“Video ini sangat mengelirukan…saya berada di sana…pelanggan Cina itu kata ‘cibai punya Melayu’, jadi bagaimana? Tak boleh dihentam? Apakah pelanggan itu berhak untuk memaki hamun dengan membabitkan kaum lain?,” ujarnya menjelaskan perkara sebenar.
Kenyataan Tempewarrior juga dikuatkan dengan seorang lagi saksi, cynerji, yang menyatakan bahawa pelanggan itu mencaci pekerja KFC itu dengan kata-kata ‘Melayu babi’ sehingga menyebabkannya dipukul.
“Pelanggan yang gagal membeli ayam goreng itu (kerana sudah habis) menengking kuat pada lelaki Melayu di kaunter tersebut dan menyebabkan mereka keluar dari situ untuk memukulnya. Saya sendiri berada di situ. Jangan salahkan KFC, salahkan pelanggan yang tidak berpelajaran tersebut,” katanya.


Jelas menurut saksi mereka mendengar Cina yang sedang menunggu giliran bernama Danny Ng menjerit 'Melayu babi' sehingga menimbulkan kemarahan pekerja KFC tersebut.

Ia disokong oleh sebuah portal ranking 55 di Malaysia http://busuk.org/ping/view/101048 yang turut menyiarkan komen pelanggan yang berada di tempat kejadian dengan menulis : 


Tindakan DAP masuk campur kes ini juga telah menimbulkan banyak persoalan kepada kita. Kenapa DAP begitu pantas bertindak membela orang yang jelas menimbulkan provokasi dengan mengumpan pekerja KFC ?

Tindakan memecat semua pekerja terlibat oleh KFC satu tindakan yang boleh dipuji kerana berani dan bertindak pantas atas insiden berkenaan, namun kita juga perlu bertimbangrasa jangan mementingkan keuntungan perniagaan sehingga keputusan siasatan dalaman dibuat agar tidak berlaku kezaliman kepada pekerja KFC yang tidak bersalah.

Yang jelas laman Free Malaysia Today turut mengesahkan komen di atas di mana Danny Ng yang sebenarnya mencetuskan provokasi dengan kembali ke restoran KFC untuk merakam gambar pekerja yang menjadi sasarannya. Pergaduhan tidak akan berlaku jika beliau tidak kembali ke tempat premis KFC tersebut..



NGO Melayu perlu bela pemuda Melayu pekerja KFC yang dipecat tersebut agar mereka tidak teraniaya. Ini kerana kegagalan mereka menggunakan Youtube dan Media Sosial telah menjadikan imej Melayu dilihat kaki gangster bukan sebaliknya. PERKASA atau NGO Pengguna Islam barangkali sesuai menangani isu melibatkan orang Melayu ini. Termasuk kita sebagai blogger menemuramah mereka untuk mengetahui kisah sebenar.

Panglima menyeru rakyat Malaysia tidak mudah terpedaya dengan sebarang video atau berita sehingga mereka memeriksa fakta yang wujud di sebalik kejadian agar tidak berlaku salah faham. Yang boleh mencetuskan huru hara dan kerosakan.

DAP memang dari dahulu lagi mahu mewujudkan unsur perkauman dan tindakan mengeksplotasi serangan ini jelas untuk menarik sokongan Cina dengan menggunakan isu berbentuk perkauman seperti ini yang jelas hanyir dan jijik untuk diterima di saat aura gagasan 1Malaysia sudah menyerap masuk ke dalam darah dan minda rakyat. 


Kaitan DAP dengan Danny Ng dalam kes ini cukup jelas dalam video di bawah durasi 6.50 yang menyebut bahawa beliau menasihati Danny Ng agar membawa bukti dalam laporan polisnya. 




Boleh jadi ia juga menjadi punca Danny kembali untuk merakam menggunakan telefon beliau untuk dijadikan bukti sehingga menimbulkan kemarahan pekerja KFC ? 


Bagi Panglima, ia bukan kerana beratur panjang atau kehabisan ayam sebenarnya, tetapi kerana mahu menjadikannya sebagai isu dengan menceritakan kisah yang berlaku tanpa mengakui kesalahannya sendiri. Lagi dahsyat jika dapat dibongkar penglibatan Danny Ng sebagai ahli DAP jika ada !



Blogger Terengganu Din Turtle yang menulis isu yang sama  (klik sini) http://dinturtle.blogspot.com/2012/02/isu-kfc-dap-jangan-masuk-campur.html - turut menentang penglibatan DAP. Ia sangat tepat sekali kerana ia boleh menjadi isu perkauman yang tentunya menguntungkan DAP dari aspek politik tetapi akhir sekali akan menjahanamkan Malaysia yang sekian lama bersatu padu dan aman harmoni tanpa sebarang masalah.

Adakah Cina akan untung jika Melayu gaduh sama Cina ? Melayu juga tidak untung mencari gaduh dan juga jika India turut masuk campur. Maka tidak kira Melayu, Cina dan India perlu menghentikan penglibatan DAP yang jelas masuk campur hal ini demi mencari keuntungan politik.

Oleh itu, semua pihak harus bertenang dan biarkan pihak berkuasa yang menyelesaikannya selepas laporan polis sudah dibuat berikut insiden tersebut.

Dari aspek ekonomi, adakah kerana KFC dimiliki oleh majoriti orang Melayu maka ia menjadi sasaran DAP ? 

Adakah polemik penjualan KFC pada Disember 2011 juga menjadi sebab video ini dihasilkan melalui perancangan yang cukup rapi bagi menjatuhkan saham KFC ?

Wallahu A'lam.


Nota tambahan :

1. KFC dimiliki orang Melayu Islam


KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) menzahirkan kebimbangannya mengenai tawaran pengambilalihan KFC Holdings Bhd. (KFCH) dan QSR Brands Bhd. (QSR) oleh JCorp.

Sambil menyatakan belum mendapat maklumat penuh berhubung perkara tersebut, Muhammad Ali berkata, beliau secara peribadi berpendapat tawaran pengambilalihan tersebut adalah tidak perlu.

“Sekiranya matlamatnya adalah untuk mengurangkan bebanan hutang JCorp, terdapat banyak cara lain, banyak lagi aset lain yang tidak penting boleh dijual.

“Kenapa tidak dijual sahaja aset-aset lain yang kurang strategik dan tidak begitu penting kepada orang Melayu, kenapa hendak ditumpukan kepada KFCH dan QSR?

“KFCH dan QSR kini bukan lagi milik JCorp sahaja tetapi milik orang Melayu, janganlah pula sampai ia akhirnya terlepas ke tangan orang lain,” katanya selepas menghadiri seminar Wakaf: Mentakrifkan Semula Hartanah dan Pertumbuhan anjuran Yayasan Iqra di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan JCorp dan CVC Capital Partners yang merupakan sebuah firma ekuiti persendirian antarabangsa menerusi entiti yang diwujudkan untuk tujuan khas, Massive Equity Sdn. Bhd. (ME) menyerahkan surat tawaran kepada Badan Pengarah KFCH dan QSR untuk mengambil alih 100 peratus perniagaan dan aktiviti perusahaan kedua-dua syarikat tersebut termasuk semua aset dan liabiliti.


2. KFC juga turut menekankan soal makanan halal seperti disiarkan olehnya di sini http://www.kfc.com.my/about-halal.php

3. Bantahan penjualan KFC dan QSR oleh Dewan  Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)


DPMM bantah penjualan ekuiti KFC, QSR kepada MESB
22/12/2011 6:10pm
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) membantah penjualan ekuiti KFC Holdings (Malaysia) Bhd dan QSR Brands Bhd. kepada Massive Equity Sdn Bhd (MESB) bagi mengekalkan pegangan syarikat tempatan di dalam kedua-dua syarikat berkenaan.
Presidennya, Syed Ali Al Attas berkata, penjualan KFC dan QSR kepada MESB, jentera tujuan khas milik bersama Johor Corporation (JCorp) dan sebuah syarikat asing CVC Capital Partners, dibimbangi akan menyebabkan kedua-dua syarikat berkenaan terlepas ke tangan syarikat asing.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabat DPMM di sini hari ini.
Syed Ali berkata, mengikut pelan penjualan KFC dan QSR, kedua-dua syarikat berkenaan akan dijadikan syarikat persendirian selepas penjualan berkenaan selesai.
Katanya, langkah itu akan memudahkan penjualan KFC dan QSR kepada mana-mana pihak yang berminat termasuklah syarikat asing tanpa perlu merujuk kepada Bursa Malaysia kerana statusnya sebagai syarikat persendirian. - BERNAMA




Allahumma Solli Wasallim Wabaarik 'ala Saidina Wa Habibina Mustofa SAW




- artikel disiapkan jam 5.29 pagi 10.2.2012 Hari Jumaat.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Sumber; PPC

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana tahan kalau kena maki mcm tu bro...

kalau saya confirm anak haram cina ni dok hspital...

pejuang hamas...

Kongsi Link Anda