Popular Today

Khamis, Mac 08, 2012

Pengundi Muda Penentu PRU-13?

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini, dan persoalan sekarang ialah sejauh mana mereka ini mampu menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pemerhati politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat kenyataan bahawa pengundi muda adalah penentu agak "samar" berdasarkan pelbagai faktor antaranya kesukaran menentukan sokongan pengundi itu.

"Kenyataan itu barangkali betul dan barangkali tidak. Kebanyakan pengundi muda ini 'atas pagar', sukar hendak pastikan mereka sokong satu parti sahaja untuk tentukan parti itu menang.

"Kita juga lihat 3.7 juta rakyat di negara ini gagal mendaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka golongan muda. Bila tidak daftar bagaimana hendak jadi penentu," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Zainal, yang juga Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris, berkata generasi muda perlu diberi pendedahan yang luas kepada politik agar mereka berminat untuk mengundi.

baca seterusnya  di sini

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda