Popular Today

Ahad, Mei 31, 2009

Penanti - Peratus keluar undi 46.15 dan Undi PKR berkurang sebanyak 1,294 undi!

1.   Pilihanraya Kecil Penanti telah melabuhkan tirainya hari, PKR telah diiistiharkan menang di kawasan tersebut dengan menerima undi sebanyak 6,052 undi iaitu kekurangan sebanyak 1,294 undi berbanding Pilihanraya Umum ke-12 iaitu sebanyak 7,346 undi.

2.   Ironinya PKR sebenarnya telah tewas di Penanti.. kurangnya dapatan undi untuk PKR menunjukkan pengundi menyampah dengan parti tersebut. Manakala peratusan keluar pengundi pula hanyalah sebanyak 46.15% kurang dari separuh berbanding di 82.08% pada pilihanraya Umum ke-12.

3.   Kepada penyokong BN, tabik diberikan kepada mereka kerana taat setia kepada parti BN! jumlah keluar undi yang kecil membukti kenyataan ini. Dengan kempen gila talak PKR, boleh dikatakan tidak langsung menjejaskan dan mengubah penyokong setia BN. 

4.   BN pun tak payah hendak membazir wang, masa dan keringat untuk membuat projek segera,  berkempen dan berceramah. Tak delah kesesakan untuk membuat jalan, walaupun PKR menang tiada apa yang rakyat dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat.  Hendak memberikan pembangunan kepada rakyat jauh sekali!  Tak kira siapa fairus ke mansor ke, Anwar ke sama sahaja... sibuk berkokok sahaja... tetapi tin kosong!..

5.  Walaupun menang  dan Anwar pun berbangga melawan tikus tetapi PKR juga tidak dapat menarik tambahan undi kepada mereka dengan berhadapan calon bebas, sebenarnya ianya adalah sangat mengaibkan... apatah lagi kawasan ini tempat Anwar AlJuburi juga.. adakah kali ini kempen Putrajaya Anwar tidak berjaya... atau doa Nik Aziz tak makbul!.. he he he..

5 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Kalau menang dgn majoriti byk pun di Penanti apa gunanya.Kuasa mutlak di Penang berada di tangan DAP.Akan terbelakah nasib org2 Melayu dan Orang2 Islam di Penang? Pro Komunis berpadu tenaga dgn Pro Pengganas.Apa nak jadi dgn Penang?

kembara putih berkata...

UMNO pasti menyesal tak bertanding kan. Kalau bertanding, tentu lah menang kan. KAH KAH KAH

Ramai pengundi PR tak keluar mengundi kerana yakin calon PR tetap menang bergaya dan calon bebas (walaupun proksi UMNO) akan kalah dan hilang wang pertaruhan. KAH KAH KAH

YANG GAMBI berkata...

Kawan rasa,pendapat KP tu salah, BN tak nyesal pun, BN nak tengok PKR pecah lobang sama sendiri, kalau dulu asyik kutuk UMNO/BN, le ni semua tembelang PKR dah terbongkar, sapa syaitan dalam PR, PAS bukan cerdik, nak rasa menang, ikut je apa kata DAP, last-last bangsa, agama tergadai.

PAS lah sebenarnya bodoh, biarkan diri kena tipu......

Tanpa Nama berkata...

hehehe 46% jer
huhuhu adahati nak g putra jaya pru 13 pk 18000000000000000 kali

Aniq Ruzaien berkata...

Alahai.. Nak heboh kat orang kata menang pun xboleh. Awat tak lagu tu, malu la PKR orang dah pakat menyampah dah kat depa.. Semua dok pakat nak kalih dah aihh...

Family aku kat Penanti xkeluar mengundi pun. Baik duduk rumah rehat hujung2 minggu ni. Dari keluar rumah dengar Ustaz2 mencarut buat tambah dosa..

Kongsi Link Anda