Popular Today

Khamis, Februari 20, 2014

Jeminez kekal di JDT


Antara berita yg ditunggu oleh peminat bola Johor...

JOHOR BAHRU - Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan beliau masih bersama pasukan itu.

PBNJ juga menafikan spekulasi mengenai Jimenez akan ditukarkan dengan bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak apabila jurulatih kelahiran Croatia itu dilihat menyaksikan perlawanan membabitkan JDT bersama Shebby Singh di stadium di negeri ini.

"Pemain gembira dengan Jimenez, malah dilihat serasi dengan corak diterapkan beliau sekali gus sudah mula menampakkan kemajuan di bawah bimbingan Jimenez yang secara tidak langsung membuktikan kredibilitinya.

"Justeru, kita tidak akan membiarkan perkara seumpama itu mengganggu konsentrasi pasukan kerana perkara seumpama itu dianggap merepek," kata PBNJ menerusi satu artikel yang disiarkan di laman web rasmi skuad Harimau Selatan di www.johorsoutherntigers.com.my.

Sehubungan itu, PBNJ menyeru pihak media supaya menghentikan spekulasi berhubung perkara tersebut kerana Hodak dilihat berada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang sebagai seorang peminat bola sepak, selain sedang bercuti di negeri ini.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda