Popular Today

Khamis, Mac 13, 2014

#PrkKajang : Anwar bengang dengan Muhyiddin..

Anwar nampaknya semakin bengang dengan Tan Sri Muhyiddin yang berkata strategi PKR yang dikenali sebagai "langkah kajang" menghapiri kegagalan.. 
Misi ‘Langkah Kajang’ menjadi motto perjuangan PKR di Kajang semata-mata untuk memastikan survival politik Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun ia jelas bertentangan dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini dan di mana-mana negara di dunia.
PKR hanya satu-satu parti di seluruh dunia yang telah memaksa wakil rakyatnya meletak jawatan demi untuk meletakkan kroni dan anak beranak mereka sebagai calon. Ianya bukan sekali bahkan telah berlaku dua kali sebelum ini iaitu semasa PRK Permatang Pauh dan PRK Penanti. Sebagaimana diketahui pada PRK Kajang ini Anwar telah memilih Isterinya sebagai Calon. Beliau telah memaksa ADUN Cina untuk letak jawatan dan dengan rasa besar diri memilih dari kalangan keluarganya sebagai calon PKR.
TPM berkata lagi "Misi besar Langkah Kajang adalah untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar (Selangor) tetapi misi itu berkecai. Kajang Move menjadi 'Kajang Who?'," katanya merujuk kepada pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan suaminya yang tidak layak bertanding.
Muhyiddin berkata, rakyat tidak wajar membiarkan Rafizi terus mempermainkan amalan demokrasi yang dipatuhi sekian lama dan menyifatkan agenda itu hanya bertujuan memastikan Anwar terus 'hidup' dalam arena politik negara.
Strategi yang menempa sejarah dunia ini sebenarnya menunjukkan betapa kejinya demokrasi yg diamakan oleh pemimpin PKR!!


Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda