Semalam PKR membuat Kenyataan Akhbar mengenai pilot MH370 yang di kaitkan dengan PKR. Dalam PC tersebut, PKR menggunakan taktik biasa menyalahkan UMNO dan kerajaan yang mengaitkan pilot tersebut dengan PKR.
Sesungguhnya kenyataan dalam PC itu sebenarnya menunjukkan kebodohan PKR yang bertingkat-tingkat.
Tuduhan UMNO atau kerajaan Malaysia yang mengaitkan pilot dengan PKR adalah tidak berasas kerana tuduhan tersebut adalah bermula dari kenyataan akhbar kawan2 anwar iaitu akhbar antarabangsa The Mail dan Mirror yang berpengkalan di UK.
Sedangkan isu MH370 ini menjadi modal utama PKR salahkan UMNO dan BN semasa kempen di Kajang. Pada mula isu ini keluar ada di antara pemimpin PKR sendiri cakap isu MH370 ini adalah kerana hukuman Liwat terhadap Anwar Ibrahim. Begitu hebat Anwar Ibrahim ini sehingga menyebabkan kejadian buruk yang berlaku di dalam keadaan ini ada kaitan dengan dia.
Adakah kenyataan yang dibuat oleh akhbar tersebut salah UMNO juga.. tapi apa yang jelas, pilot tersebut adalah AHli seumur hidup PKR dan aktif mengikuti program PKR.
Lihatlah betapa akrabnya pilot tersebut dengan Ahli Parlimen PKR.
Perkara mengejutkan juga ialah.. PKR ialah parti yang suka saman Akhbar jika sesuatu dianggap tidak betul.. tapi dalam kes tuduhan akhbar asing ini, PKR ambil keputusan tidak akan menyaman akhbar tersebut.. ini juga perkara misteri.. kenapakah PKR tidak mahu menyaman akhbar ini yang secara terang-terang mengaitkan pilot tersebut dengan isu Anwar..
Tapi apabila gambar pilot tersebut dengan pemimpin PKR terkeluar.. PKR jadi lintang pukang pula. Kenapa?? sebab mereka dahulu yang jahat sangat suka kaitkan sesuatu isu dengan orang lain dan kali ini mereka terasa kaitan itu?
Apa yang hendak ditonjolkan bukan hendak mengaitkan pilot tersebut dengan perampasan Mh370. Tapi hanya nak sebut betapa akrabnya hubungan pilot tersebut dengan PKR ini.
1 ulasan:
zaman dimana penipu dan pembohong serta pemfitnah lebih dipercayai telah sampai. zaman dimana umat manusia diuji dengan pelbagai sumber maklumat palsu yg apabila selalu disebut akan menjadi benar. zaman dimana manusia menjadi bodoh kerana menggunakan separuh akal untuk menerima maklumat dan merehatkan separuh lagi kerana malas mentafsir. sebagai bukti, pada 23 mac ini akan terserlah. makcik jijah akan berjaya membodohkan pengundi kajang.
Catat Ulasan